3 Tips Mudah Untuk Designer
Sebagai seorang designer seharusnya menggunakan idea sendiri bagi menghasilkan sesebuah design. Mungkin Idea orang lain boleh diambil tapi kadang kali mungkin tidak kena dengan perancangan design kita. Oleh sebab itu seorang designer memerlukan Tips mudah untuk designer. Mungkin 3 Tips Mudah Untuk Designer yang dikongsikan ini dapat membantu designer yang baru.
Idea
Jangan fikir idea kita tidak bagus. Tiada sesiapa yang sentiasa buat design terus menjadi. Tetapi kita boleh sentiasa jadikan kerja mencari idea sebagai tabiat.Buat kajian sebanyak mungkin, tetapi guna idea sendiri.
Jangan ‘guna’ template secara membuta tuli tanpa memahami cara yang betul untuk membuat template. Tidak mengapa jika kita hendakkan proses yang pantas.
Apabila ia menjadi tabiat yang sentiasa bergantung kepada template, ia akan membunuh kreativiti kita. kreativiti kita tidak akan bergerak. Akhirnya proses design kita sentiasa tersangkut-sangkut dan payah.
Hargai Karya
Hargai karya orang lain sebanyak mungkin, terutamanya kerja-kerja yang kita rasakan yang terbaik.Latih diri kita, tingkatkan keupayaan menghargai seni, ini adalah satu kemestian bagi meningkatkan tahap design kita.
Tengok sahaja tanpa menghayati tidak menghasilkan apa-apa faedah. Gabungkan keduanya.Sambil kita melihat sambil berfikir, kita sentiasa teliti melihat dan menyelidik hasil kerja dan belajar sesuatu darinya.
Jangan bazirkan masa mencari ilham difacebook, tidak mendatangkan apa-ala hasil. Pergilah ke supermarket. Banyak hasil karya pereka packaging di sana, bukan setakat kita dapat melihat malah menyentuh, mencium dan membeli sekali.
Amal
Amal tidak sempurna jika dibuat sekali. Sebab itu kita panggil latihan yang bertubi-tubi sebagai amalan. Orang putih kata practice make perfect.
Boleh juga kita letakkan syarat cukupkan amalan kita sebanyak 40 kali, ikut suka kita kerana hanya amalan yang berterusan, yang berulang akan meningkatkan keupayaan skil design kita.Semakin banyak kita praktis, semakin baik kerja kita. Ada jalan pintas… buat dengan serius.
Awas! Praktis sahaja tanpa berfikir hanya akan membazir usaha tadi. Bukan sahaja perlu menarik tetapi juga perlu ada otak atau bahasa lembut perlu ada ilmu.
Tanya
Belajar untuk berkomunikasi. Jika kita tidak faham, sila bertanya.Walaupun kebanyakan designer tidak berani dan tidak suka bertanya, tetapi tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain adalah perkara yang setiap designer perlu buat.
Designer harus tidak tertutup, bukan sahaja perlu untuk berkomunikasi dengan client, juga perlu untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja malah dengan supplier.
Buang ego diri. Memang kita tahu banyak duit dah habis dibelanjakan untuk jadi seorang designer. Itu bukan alasan untuk tidak menjadi bodoh bertanya perkara yang kita betul-betul bodoh.
Buat group designer di Whatsapp atau Telegram atau di facebook tidak guna jika hanya untuk bersembang gosip dan post gambar troll sahaja.