Wahai Ibu Bapa, Jangan Bermimpi nak Ada Anak Jika Anda Tiada Tahap Kesabaran Yang Tinggi !


Aku dan kanak-kanak.

Bagi yang mengenali aku, pasti mereka mengetahui yang aku merupakan seorang yang begitu baran dan tinggi egonya. Bukan mudah untuk aku bersabar dengan orang-orang yang menyakiti aku. Tetapi wahai rakan-rakanku, ajaibnya, aku mampu bersabar dengan bayi yang meraung dan kanak-kanak yang begitu nakal dan degil sekali.

Sehingga ke hari ini, tidak pernah walau sekali aku meninggikan suara apatah lagi memukul anak-anak buah aku atau kanak-kanak lainnya. Aku yakin ini adalah anugerah Allah kepada aku. Apabila kanak-kanak ini bertindak nakal, aku akan menegur mereka dengan tegas dan diselangi dengan gurauan.

Apakah salah kanak-kanak yang tidak berdosa ini? Mengapa begitu mudah kita menyakiti mereka? Tidakkah kita ketahui bahawa kanak-kanak itu adalah realiti kita sewaktu kecil? Pernahkan anda disakiti sewaktu kecil? Sekiranya tidak, maka mengapakah anda menyakiti kanak-kanak tersebut? Sekiranya anda pernah disakiti sewaktu kecil, mengapakah anda melampiaskan dendam itu terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa ini?.

Wahai para ibu dan bapa, sekiranya anda tidak mempunyai ketahanan sabar yang tinggi, janganlah sesekali anda mengimpikan untuk mempunyai anak! Mungkin pada awalnya anda hanya akan berimaginasi betapa indahnya mempunyai anak tetapi selepas anda mempunyainya, barulah anda tahu ujian Allah yang sebenar. Bersabarlah dengan kanak-kanak! Mereka langsung tidak berdosa!.

Sekiranya kanak-kanak itu begitu nakal dan tidak menghormati orang lain, adakah anda akan menyalahkan mereka atau anda akan menyalah diri anda sendiri?! Bagaimanakah didikan anda terhadap mereka? Bukankah ibu dan bapa itulah yang mencorakkan kehidupan anak mereka? Kutuk dan marahlah diri anda dahulu sebelum memarahi mereka.

Wahai rakyat jelata, adakah kita hanya akan terus menerus mendiamkan diri dengan segala perlakuan binantang terhadap kanak-kanak? Jenayah yang membabitkan kanak-kanak termasuklah penderaan bayi dan serangan seksual atau pedophile. Apa yang menggerikan lagi, jenayah ini semakin meluas! Ianya benar-benar menakutkan!.

Adakah kita hanya melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak berkuasa atau kita bersatu dan berganding bahu bekerjasama dengan mereka?!. Ayuhlah bertindak, jangan hancurkan masa depan kanak-kanak ini.

Baran aku tiada tandingan tetapi kesabaran aku terhadap kanak-kanak tiada batasan! Lelaki sejati tidak akan pernah menyakiti kanak-kanak apatah lagi menodai mereka!. Saya ada sediakan pamplet tentang ini untuk anda sekiranya anda berminat untuk edit, print serta sebarkan kepada masyarakat. anda boleh berikan email kepada saya.

Ayuh kita bertindak! SEBARKAN MESEJ INI.

2 komen untuk “Wahai Ibu Bapa, Jangan Bermimpi nak Ada Anak Jika Anda Tiada Tahap Kesabaran Yang Tinggi !”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat