Elakkan untuk Tinggal Bersama Keluarga Mertua Selepas Berkahwin
Bagi sesiapa yang baru mendirikan rumah tangga, secara semulajadinya kebanyakan wanita yang baru berkahwin akan tinggal bersama keluarga mertua. Begitu juga dengan lelaki yang masih tidak mempunyai tempat tinggal yang tersendiri mungkin harus tinggal bersama dengan keluarga sebelah wanita.
Namun pernahkah anda terfikir kesan-kesan yang bakal menimpa anda jika tinggal bersama mereka?
Mengapa Pasangan yang telah Berkahwin Tidak Digalak Tinggal Sebumbunng Dengan Mertua/Ibu Bapa Sendiri?
Apabila seseorang itu berkahwin, ia bukanlah tiket untuk mengabaikan keluarga mereka semata mata untuk kepentingan pasangan mereka sendiri. Islam sendiri inginkan seseorang itu mewujudkan sebuah keluarga yang saling hormat menghormati dan harmoni.
Disini, tinggal berjauhan atau berlainan rumah daripada mertua bermaksud untuk memberi privasi, malah keselesaan kepada kedua dua pihak kerana mungkin akan berlaku sesuatu yang memberi ketidakselesaan kepada kedua dua pihak.
Kelemahan Tinggal Bersama Keluarga Mertua:
1. Masalah Aurat
Apabila seseorang wanita itu telah berkahwin maka auratnya haruslah dijaga dengan saudara lelaki pihak suaminya. Hal ini sedia maklum bahawa hanya segelintir dari saudara lelaki pihak suaminya sahaja adalah muhrim kepada mereka.
Ketika berhadapan dengan mereka yang merupakan muhrim wanita tersebut, golongan wanita dibenarkan membuka tudung dan menampakkan anggota selain dari dada hingga lutut. Selain itu, wanita itu juga dibenarkan untuk bersalaman dengan semua lelaki muhrim terbabit.
2. Tiada Privasi
Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga semestinya mereka inginkan privasi untuk mengenali satu sama lain dan saling bermanja. Namun, jika anda tinggal bersama mertua bilakah masa yang ada untuk anda memupuk kasih sayang antara pasangan anda jika ada mata yang sentiasa memerhatiakan tindak tanduk anda?
Masa untuk pasangan juga akan sedikit kurang dan dapat menjejaskan hubungan yang baru sahaja terjalin. Kesannya mungkin tidak nampak dalam tempoh masa yang pendek. Kesannya mungkin dapat dilihat apabila sudah bertahun di alam perkahwinan.
3. Tidak tahu berdikari
Lumrah kehidupan seseorang itu apabila berada bersama dengan ibu atau keluarga mereka akan lebih mengharapkan pertolongan daripada mereka. Jika anda ingin menolong di dapur sekalipun takut akan berlaku kesilapan yang tidak dirancang. Dari situ, keselesaan mungkin terjejas kepada pasangan.
4. Sukar untuk membuat sesuatu keputusan
Masuk campur dalam membuat sesuatu keputusan adalah sesuatu yang ngeri dalam kehidupan berumah tangga. Apabila mertua mula mempersoalkan keputusan yang dibuat dan masuk campur dalam pemilihan yang dilakukan membuatkan kehidupan seseorang itu tidak akan tenang dan keletihan
5. Terjadinya salah faham
Seperti yang dinyatakan diatas campur tangan mertua berkemungkinan timbul ketidaksefahaman antara pasangan anda dan keluarga anda sehingga mengakibatkan salah faham berlaku. Salah faham merupakan aspek penting dalam keruntuhan rumah tangga. Elakkan salah faham untuk menjamin keharmonian dan keamanan di dalam rumah tangga anda.
Oleh itu, pastikan pasangan anda sentiasa dalam keadaan selesa dan bahagia. Walaupun bukan semua pasangan yang mendrita tinggal bersama dengan mertua namun masih ada segelintir yang tidak selesa dan tidak bebas dalam kehidupan perkahwinan mereka.
Binalah keluarga atas dasar kasih sayang serta kefahaman yang tinggi dan bukan sebagai hamba yang perlu mengikut segala kata kata kerana setiap manusia punya perasaan dan kemungkinan ia boleh membawa sifat negatif dalam diri mereka jika tidak dijaga.