Terapi Untuk Menjadikan Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia – Daily Rakyat

Terapi Untuk Menjadikan Hidup Lebih Tenang Dan Bahagia


Dalam kehidupan kita, kita sering merungut, mengeluh dan tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada sehingga membuatkan kita merasa tidak tenang dan bahagia. Ada antara mereka yang kaya namun tidak juga mengecap ketenangan dan kebahagian. Mereka masih merasa tidak tenang dan bahagia kerana memikirkan orang yang jauh lebih kaya dari mereka dan ada juga memikirkan yang lebih miskin darinya tetapi kehidupan kekeluargaan yang erat dan bahagia membuatkan mereka cemburu.

Tidak kurang juga yang miskin beranggapan bahawa jika mereka kaya, mereka akan bahagia. Semua yang di inginkan akan mereka perolehi. Sedangkan mereka tidak mereka memikirkan apa yang dirasa oleh orang kaya. Miskin tak semestinya susah, gelisah tidak bahagia sebaliknya juga bagi mereka yang kaya. Mungkin mereka kaya dengan harta benda namun tidak kebahagian, dan mungkin mereka miskin harta benda, tetapi mereka tidak miskin kebahagian. Fikir-fikirkan lah.

Apakah Sebenarnya Cara Untuk Menjadikan Hidup Lebih Tenang dan Bahagia?

1. Solat Dan Doa

Tidak ada makhluk di dunia yang mampu menitipkan walau secebis bahagia dan ketenangan dalam diri kita melainkan Allah S.W.T. Jadi kenapa kita nak sombong? Sering melupakan Allah S.W.T saat kita diberi ujian oleh-Nya?

Jagalah solat kita, solat di awal waktu, dirikan solat dengan penuh khusyuk supaya hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta dekat. Berdoalah memohon ketenangan dari Allah S.W.T dan mohonlah petunjuk dari-Nya sentiasa. Jangan pula bila susah baru nak dekatkan diri kepada Allah S.W.T. Apabila hubungan kita dengan Allah S.W.T terjaga, insyaAllah kita akan sentiasa merasa tenang dan bahagia. Tetapi beribadatlah seikhlas hati.

2. Rehat Yang Cukup

Kesihatan mental dan fizikal amat-amat penting. Macam mana nak tenang sentiasa kalau rehat tidak pernah cukup? Otak juga memerlukan rehat untuk membolehkan kita berfikir secara waras dan proaktif. Bila otak sihat, badan pun sihat kerana apa? Kerana otak sangat memainkan peranan yang penting dalam tubuh badan kita.

Kosongkan minda semasa rehat, elakkan dari termenung memikirkan kerja saat anda berehat, kerana rehat yang berkualiti sangat susah untuk dikeacapi.

3. Berbelanja Mengikut Kemampuan

Kalau sebut pasal berbelanja, isu ini agak sensitif. Betul tak? Kenapa nak berlebih-lebih dalam berbelanja? Untuk menampakkan kita mempunyai wang, bergaya, mewah, kita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit kerana terlalu mengikut kemahuan dan bukanya keperluan.

Secara tidak langsung, kesannya akan memberikan tekanan yang amat besar apabila kita berbelanja melebihi kemampuan. Hutang sana sini nak kena bayar, bil itu ini. Rancang perbelanjaan anda sebaik mungkin, bezakan yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. Jangan awal-awal bulan makan mewah, hujung bulan makan maggi. Jadilah seorang yang bijak berbelanja.

4. Bersopan Santun

Orang-orang tua pernah pesan, jangan kerana mulut badan binasa. Jadilah seorang insan yang penuh adab dan kesopanan dalam kehidupan seharian. Tidak kira di mana sahaja kita berada. Apabila kita bersopan santun dengan orang lain, nescaya orang sekeliling akan menyukai kita.

Dengan itu, kita juga akan merasa tenang dan bahagia bila orang sekeliling kita suka berkawan dengan kita. Masalah juga susah untuk timbul antara kita dan mereka. Ini dapat menjadikan kita lebih tenang dan pastinya kan merasa bahagia.

5. Berhenti Bergosip

Jauhkan diri dari suka bergosip tidak kira sesama jiran, rakan kerja atau ahli keluarga. Kenapa nak sibuk jaga tepi kain orang kan? Tapi tu lah, makcik-makcik bawang ni mungkin rasa tak lengkap kot aktiviti harian mereka tanpa gosip. Hahaha

Bukan tak boleh ambil berat tentang jiran tetangga, tapi biarlah berpada-pada. Apabila kita sibuk mengumpat hal orang lain, secara tidak sedar sifat negatif akan tertanam di dalam diri kita.

6. Bersyukur

Mereka yang sering membandingkan kekurangan diri dengan orang lain sememangnya tidak akan mendapat ketenangan. Dek kerana perasaan iri hati terhadap orang lain, apa yang ada di depan mata mereka seolah-olah tidak wujud dan sentiasa membuat mereka rasa tidak cukup.

Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Lihatlah mereka yang lebih kurang bernasib baik berbanding kita. Mereka berusaha keras dalam kehidupan mereka. Bukan tak boleh berusaha lebih baik, tapi jangan terlalu memaksa diri.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita mencemburui apa yang dimiliki oleh orang lain. Gunakan kesempatan yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk merasa nikmat-Nya dan bersyukur atas segala kurniaan-Nya. Kebahagian dan ketenangan sangat sukar untuk dinikmati.

Kunci utama untuk menjadikan diri kita sentiasa tenang dan bahagia adalah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Ketenangan dan kebahagian itu milik-Nya. Dekatkan diri kepada-Nya dan sentiasalah memohon keampunan dari Allah S.W.T tidak kira kita melakukan kesalah secara sedar ataupun tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat