Kepentingan Keluarga Yang Bahagia – Daily Rakyat

Kepentingan Keluarga Yang Bahagia


Kepentingan Keluarga Yang Bahagia

 

Keluarga yang bahagia

Semua insan menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyeselaikan masalah keluarga dengan berbincang atau menyelesaikan dengan cara yang baik. Namun sekarang tanpa disedari, kepentingan keluarga terabai oleh masyarakat. Senario ini lebih membimbangkan apabila banyak kes penceraian berlaku, kes – kes jenayah yang melibatkan keluarga dan sebagainya. Jadi disini keluarga yang bahagia sangat penting kerana banayak manfaat yang akan diperolehi.

Bertolak Ansur Dan Saling Memahami Antara Keluarga

Bertolak ansur dan saling memahami antara keluarga menjadi sebahagian resepi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga beroleh aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku.

Dapat Melahirkan Anak-Anak Yang Berjaya Dalam Hidup

Sebelum anak bersekolah, ahli keluarga adalah individu yang paling dekat dengan anak-anak. Ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik mereka. Ibu bapa merupakan profesor pertama bagi anak-anak, rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa berperanan penting untuk melatih anak-anak menjadi modal insan yang cemerlang. Dengan itu, kita dapat melahirkan anak – anak yang berjaya dalam hidup.

Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan

Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama aspek kesopanan yang perlu dilakukan oleh seseorang anak itu. Jika ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik. Jelaslah bahawa keluarga yang berupaya melahirkan satu generasi yang baik.

Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga

Remaja akan memiliki seseorang yang lebih tua untuk memberitahu atau menasihati mereka jika mereka melakukan sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat pada masa kini. Pengawasan keluargalah yang memastikan remaja tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan imej remaja tersebut kelak. Maka, kewujudan keluarga menjadikan masalah sosial terutama dalam kalangan remaja tidak menular begitu sahaja.

Jenayah Semakin Berkurangan

Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Fenomena negatif ini mampu dikurangkan jika semua keluarga berupaya memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk mendidik dengan sebaik mungkin. Ketahuilah bahawa keluarga yang menjadipenentu kelakuan seseorang anggota masyarakat itu.

Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat

Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana keluargalah yang menjadi alat keseimbangan kehidupan seseorang.  Tekanan di tempat kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika dikelilingi oleh keluarga mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria dalam kalangan ahli keluarga.

Mampu menjamin keamanan negara

Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan wujudnya institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran kehidupan terutama yang sukar diselesaikan secara bersendirian. Jelaslah bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara terus berada dalam keadaan aman jika berfungsi dengan baik.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat