Emosi , Bisnes Dan Kewangan


EMOSI, BISNES DAN KEWANGAN

Pada sekitar tahun 2006, 2007 macam tu, saya pernah mencari-cari solusi bagaimana untuk mengumpul duit untuk kahwin.

Ketika itu, serius cakap, saya mengalami “zaman bodoh kewangan” sekitar tahun 2005 ketika 2 tahun bekerja.

Gila shopping jangan cakap. Duit gaji tu macam buat lintas langsung je dalam akaun bank.

Hari ini masuk, esok tinggal baki puluh-puluh.

Kereta sampai 3 nama atas nama saya. Bodoh Piang –> padan muka kat diri sendiri. Orang lain sibuk kumpul aset, saya kumpul liabiliti.

Kemuncaknya, apabila gaji masih di takuk lama. (Bawah RM1500 ketika itu), dengan hutang melebihi 50% gaji, nasib baik duduk dengan famili. Makan tanggung. Walaupun kadang-kadang merasa gak puasa lunch setiap hari, tapi balik kerja pelahap macam tak pernah makan sebulan.

Ketika itu lah tiba kesedaran dalam diri. *insoff*
Bagaimana mahu urus kewangan diri dengan lebih teratur.

Tak-Puas-Hati-Gaji-Dapat-Sikit

 

Almaklum, ketika itu mahu mendirikan rumah-tangga. Niat suci murni tidak mahu

1) gunakan duit mak-ayah walau sesen.
2) mahu menabung duit sendiri.

Walau nampak macam kelam, tapi percayalah, apabila NIAT itu betul, Allah permudahkan semuanya.

Ini cara saya untuk menstruktur kewangan semula ketika itu.

1) Cari mentor. Ketika itu, saya banyak join forum kewangan, dan saya sangat suka dengan group UrusInsan, mod nya Tuan Zaidi Ismail, otai / pakar kewangan yang walk the talk.

2) Cuba dekati pakar tersebut untuk di jadikan mentor.

3) Dapatkan nasihat. Alhamdullilah, saya banyak belajar tentang pengurusan kewangan dengan Tuan Zaidi.

Rupa-rupanya, selama ini, saya banyak buat hutang bodoh.
Tuan Zaidi tunjukkan bagaimana mahu aplikasikan teknik ‘snow ball”. Teknik “overdraft-ASB”. Dan bagaimana mahu downgrade lifestyle.

Downgrade tau! Bukan upgrade.

Saya masih ingat kata-kata Tuan Zaidi sehingga sekarang,

“Duit ini tiada emosi. Tapi kita yang selalu beremosi apabila menggunakan duit tersebut”

Pegang sahaja duit — macam-macam emosi datang.

Emosi – nak beli.
Emosi – teruja
Emosi – sedih
Emosi – gembira

S36rZlWYr16AHt-vAANKVTMtnAw74

Natijahnya! Tu yang banyak buat hutang bodoh akibat daripada emosi-emosi tu tadi.

“Iskhhh.. sayang kalau tak beli kereta ini. Tengah murah ni”

“Giler ko taknak beli, tengah sales 70% weyh”

“Bila lagi nak datang sini, baik beli sekarang”

Emosi-emosi ini yang akan LEAD setiap perbuatan kita, tanpa kita sedar..

+ Barang yang di beli tiada kegunaan pun.
+ Barang yang di beli tak guna langsung selama 4 tahun. Dok je laa kat situ bertahun-tahun tanpa diusik.

Akibatnya, membazir.
Kalau buat hutang dengan loan, bertambah hutang. Bertambah komitmen.

Sekarang, apabila saya mulakan bisnes, saya sentiasa relatekan bisnes dengan emosi.

Sama sahaja pengurusannya.

Dalam bisnes juga tidak ada emosi.
Emosi itu kita — tuan empunya yang run bisnes tersebut.

Bisnes itu angka.
Angka itu duit.
Duit itu tiada emosi.

Maka setiap keputusan bisnes, tidak boleh di masukkan unsur emosi selain daripada

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

ANGKA = DUIT

Contoh paling ketara apabila kita menguruskan bisnes dengan emosi

1) Kita akan sayanggg untuk berhentikan pekerja. Kerana pekerja tersebut banyak tolong kita.

Banyak tolong – emosi dalam diri kita

Namun, apabila di beri task, selalu tak siap. Bila pelanggan order 100, dapat 80. Tidak efektif dan sebagainya.

Dan ia memberi kesan kepada angka yang masuk ke dalam kantung bisnes.

Tapi, akibat emosi menyelubungi diri, kita cenderung untuk tutup mata dan kata pada diri sendiri,

“Takpee lah, nanti lama-lama dia improve lah tu”

Yang kronik nya — pekerja tak juga improve. Kita yang kepeningan untuk memikirkan cara bagaimana untuk membayar gaji nya. Akibat, sales ada sahaja, cuma cara kerja tidak effektif, ia memberi kesan kepada sales.

Eloknya, separate kan sahaja dua perkara ini.

Emosi itu lain.
Angka itu lain.

Bisnes tidak akan sustain apabila kita handle nya dengan emosi.

Bisnes akan sustain apabila kita handle nya dengan angka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat