Fesyen: Adakah Satu Keperluan Atau Keinginan? Apakah Cara Untuk Tentukan Fesyen Terbaik Dengan Kita?


Sememangnya tidak dinafikan sama sekali bahawa Fesyen, Kesihatan, Teknologi dan banyak lagi menjadi satu keterujaan bagi setiap individu didunia ini.

Keterujaan ini lah yang membakar semangat mereka untuk terus dan lebih berusaha dalam meningkatkan tahap kesihatan, mendapatkan fesyen yang terbaik dan semestinya diikuti dengan teknologi yang tercanggih.

Namun untuk mendapatkannya bukan semudah yang kita fikirkan dan seperti yang diluahkan dengan kata-kata. Sudah pastinya ia memerlukan banyak pengorbanan dan juga memakan belanja yang banyak untuk mendapatkan kepuasan disampingan kebaikan daripada setiap apa yang dimiliki.

Setiap produk yang dikeluarkan yang unik dan eksklusif memerlukan ketelitian yang tinggi. Kerana itu lah harganya melambung tinggi setanding dengan kualiti penciptaannya. Ada yang sanggup merantau ke serata dunia semata-mata untuk mendapatkan produk dengan kualiti bertaraf dunia.

Keinginan Kepada Fesyen

Fesyen atau trend yang terkini sememangnya menjadi keinginan setiap orang. Sememangnya dari dulu sampai sekarang kita memakai baju cuma yang membezakan adalah dekorasinya. Dekorasi yang ada pada baju dan tambahan alat dekorasi seperti butang baju, keronsang tudung dan cermin mata yang sesuai menjadi penambahan atau extra untuk menaikkan lagi kecantikan dan keunikan fesyen yang dikenakan oleh pemakainya.

Medium Komunikasi

Mesti ada yang pelikkan? Pakaian atau fesyen yang kita padankan dengan kita melambang siapa kita. Ia merupakan satu komunikasi pasif dimana ia menunjukkan status sosial kita kepada orang ramai, etnik, identiti jantina kita, gaya hidup dan banyak lagi.

Tekanan yang dihadapi dalam gaya hidup memberi sedikit sebanyak pengaruh dalam kita memilih perhiasan diri yang sesuai mengikut gaya semasa.

Ekpresi Diri

Setiap gaya yang dipakai melambang luahan si pemakainya. Idea dan cara adalah sunjektif. Setiap orang inginkan indentiti tersendiri dalam mengenakan sebarang fesyen.

Mereka tidak suka ditiru oleh mana-mana orang lain. Masyarakat kita pada hari ini juga tidak suka untuk meniru mana-mana fesyen yang ada. Mereka lebih ingin menjadi yang pertama mengenakan gaya tersebut.

Fesyen merupakan satu ekpresi diri dan menggambarkan keceriaan yang mana dipilih oleh setiap pemakai itu sendiri. Gaya pemakaian yang kita padankan dengan kita haruslah menampakkan yang kita ceria, berkeyakinan dan menarik dihadapan masyarakt.

Pemilihan warna dan jenis pakaian juga haruslah mengikut majlis yang bakal kita hadiri atau setiap aktiviti yang akan kita lakukakan. Namun jangan lupa ianya harus sesuai dengan latar belakang masyarakat dan keupayaan diri kita.

Simple Dan Menarik

Pemakaian yang kita pakai tidak semestinya rumit dan penuh dengan hiasan-hiasan manik dan sebagainya untuk nampak menarik. Sebaliknya kita boleh menggayakan pemakaian yang simple tetapi menarik.

Ini mengikut kesesuaian si pemakainya. Anda harus elakkan dari memakai pakai yang terlalu penuh dengan corak dan mempunyai warna yang terlali kontra dengan warna kulit anda.

Jangan bazirkan duit anda semata-mata untuk mendapatkan pakaian yang dipenuhi corak yang menarik sedangkan ia tidak sesuai dengan anda. Cukuplah dengan pemakaian yang simple dan mengikut kemampuan untuk tampil menarik dan anggun.

Pemilihan Tudung

Tudung juga merupakan salah satu elemen yang penting terutama bagi yang beragama Islam. Tudung boleh menampakkan keangguna diri seseorang dan menampilkan personaliti yang menarik.

Tudung yang dipilih haruslah memberikan keselesaan kepada si pemakai kerana ia akan mengelakkan kita dari duk tergaru-garu kepala akibat ketidakselesaan sepanjang memakai tudung.

Tudung mempunyai banyak jenis antaranya ialah cotton, chiffon, denim/bubble, lycra dan satin. Pemilihan tudung haruslah bersesuaian dengan majlis yang akan dihadiri mahupun aktiviti yang akan kita lakukan.

Kesesuaian Kesihatan

Percaya atau tidak, ada diantara kita yang sanggup mengabaikan kesihatan diri semata-mata untuk kelihatan menonjol di dalam masyarakat. Tapi apakah faedahnya kalau begitu?

Kesihatan merupakan sesuatu kita tidak boleh dibeli ataupun digantikan dengan yang baru. Seperti yang kita tahu ada yang mengakibatkan cacat penglihatan kerana memakai kanta lekap semata-mata untuk nampak lebih menarik. Ya, tidak dinafikan ada kanta lekap yang elok untuk kesihatan, namun sekarang ini banyak yang tiruan dengan harga yang lebih murah.

Mungkin ada yang berfikir bahagian mata juga merupakan satu elemen yang penting dalam menyerlahkan lagi keserian wajah anda dan menaikkan kecantikan fesyen yang padankan dengan badan kita.

Kenapa perlu kita mencederakan diri kita sedangkan kita dapat menaikkan kecantikan dengan hanya menggunakan cermin mata? Cermin mata yang disyorkan adalah yang dikeluarkan oleh ibnusinastore.com dimana ia bukan sahaja mengikut trend terkini, malahan mempunyai kebaikan untuk pemakainya.

Secara kesimpulannya, fesyen bukan sahaja menjadi kegilaan golongan wanita malahan ada juga diantara golongan lelaki yang menitikberatkan fesyen seharian mereka.

Apapun gaya yang anda pakai, ia haruslah sentiasa memberikan keselesaan dan mengikut kemampuan diri anda sendiri, Jangan terlalu sibuk mengejar kesempurnaan sehingga mengabaikan kepentingan yang lain.

Untuk menambahkan atau sebagai extra touch-up untuk anda, dapatkan cermin mata HD Eyewear yang dikeluarkan eksklusif daripada ibnusinastore.com. Harga sememangnya mampu milik oleh semua lapis masyarakat.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat