Tun Mahathir akan menghadap YDP Agong jam 5 petang ini


KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 5 petang ini.

Pertemuan ini dipercayai akan berlangsung selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Dr Mahathir telah mengutuskan surat peletakkan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah sekitar jam 1 tengah hari Isnin.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sumber : Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat