Kategori : Keluarga

mengawasi

Mengawasi Anak-Anak Dalam Bermain Gadget

Pada zaman sekarang kita sudah mula menerima baik dengan teknologi yang serba canggih seperti telefon pintar, tab, internet dan sebagainya. Tidak kira peringkat umur, boleh dikatakan setiap individu mempunyai gadget yang hebat lagi canggih ini. Namun, isu anak kecil ketagihan gadget adalah antara yang paling kerap diutarakan. Akibatnya, anak-anak cenderung untuk bermain gadget tanpa menghiraukan keadaan […]

Kepentingan Keluarga Bahagia Untuk Kemajuan Individu, Masyarakat Serta Masa Depan Negara

Semua insan menginginkan sebuah keluarga bahagia. Keluarga yang bahagia ialah sebuah keluarga yang mampu menyelesaikan masalah dalaman dengan berbincang bagi menemui cara yang terbaik. Mereka juga akan saling membantu dan memberikan sokongan serta bimbingan untuk sama-sama berjaya dalam hidup. Namun sekarang tanpa disedari, kepentingan institusi kekeluargaan yang kukuh sering dilupakan oleh masyarakat. Senario ini lebih […]

Masalah Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja Telah Meningkat

Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada golongan remaja untuk melakukan pelbagai perkara yang ada kalanya berfaedah dan sebaliknya. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial yang semakin membimbangkan ini. Gejala sosial dalam kalangan remaja saban hari semakin merungsingkan. Selain itu, kes seperti lumba haram, buli, melepak […]

BELI VOLKSWAGEN (ATAU SEBARANG KERETA) MAKAN DIRI JIKA BELI KERETA TANPA INSURANS DENGAN TERMA “AGREED SUM INSURED”

Malam aidilfitiri 2019 yang lepas,dunia aku rasa gelap gelita. Bila aku keluar dari kereta selepas kereta terbabas dan jatuh ke dalam gaung (10 meter), isteri aku berlari keluar kereta sambil menangis mencari anak-anak yang tercampak keluar dari kereta waktu kereta bergolek 3 kali ke bawah gaung dari atas jalan. Syukur, hanya cedera dan pendarahan tanpa sebarang […]

8 Tips Mengajar Anak Supaya Lebih Berdikari

Anak terlalu manja? Cuba ingat kembali, adakah kita memberikan dan melakukan hampir semua perkara yang diinginkan oleh anak-anak yang disayangi? Kita beranggapan bahawa mereka masih kecil untuk melakukan semua perkara itu? Sebenarnya sikap ini lah yang menjadikan anak-anak kita terlalu manja. Sebagai ibubapa sudah pasti kita ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, cara memberikan […]

Anda Curiga Dengan Pasangan Anda? Ketahui 8 Tanda Pasangan Anda Berlaku Curang

Kini terlalu banyak kes penceraian yang melibatkan berlakunya kecurangan daripada pasangan masing-masing. Seperti kata pepatah langit tidak selalunya cerah. Oleh itu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ketanah jua. Begitulah peribahasa yang membawa maksud selicik mana seseorang itu menyembunyikan kecurangannya akan ada sedikit tanda-tanda yang mereka tidak dapat elakkan untuk ditunjukkan kepada pasangan tanpa mereka […]

9 Tanda-Tanda Awal Strok Haba Yang Wajib Anda Ketahui

Strok haba atau juga dikenali sebagai “heat stroke” berlaku apabila badan gagal berfungsi secara normal. Badan akan mengalami keletihan dan kita tidak dapat mengawal badan kita secara sendiri. Strok haba boleh menyebabkan sistem badan menjadi lemah dan tidak bermaya dengan suhu boleh mencecah sehingga 41 darjah celcius dalam tempoh beberapa minit. Jika kita terlambat menyedarinya, […]

Cara-Cara Untuk Menghilangkan Karat Pada Besi

Karat terjadi apabila berlaku tindak balas kimia antara wap air dan juga oksigen. Kebanyakan besi yang bukan daripada jenis Stainless Steel akan mudah berkarat apabila terdedah kepada persekitaran luar. Mari saya kongsikan beberapa cara yang mudah untuk kita menghilangkan karat pada besi. Penggunaan Cuka Putih Cuka putih mudah didapati dikedai-kedai berhampiran rumah anda. Tapi kebiasaannya […]

Barang Yang Wajib Dibeli Jika Anda Ke Kedai Eco RM2.10

  Semua orang pasti tahu mengenai kewujudan kedai Eco Rm2.10 ini. Adakah kualiti barangnya cukup baik untuk kita gunakannya dalam kehidupan seharian ?? Jawapannya, YA . Mungkin ada sesetengah barang yang tidak mencapai standard yang kita mahukan tetapi kali ini saya akan kongsikan beberapa barang yang wajib anda beli apabila berkunjung ke kedai Eco. Magic […]

Aku Mahukan Pengakhiranku Dengan ‘Syahid’

  Status yang dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd mengundang rasa sebak netizen selepas dianggap sebagai seorang wira penyelamat. Malah, semua warga internet mengakui cukup kagum dengan anak muda ini kerana sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan insan lain. Melalui laman Facebook allahyarham yang menggunakan nama Pok Rok, beliau seakan-akan sudah tahu akan bagaimana pengakhiran hidupnya. […]