Bahaya Gadget Untuk Anak-Anak
Zaman kini sudah berbeza, ibu bapa lebih gemar memberikan telefon pintar atau gadget khas kepada anak-anak. Hal ini supaya anak-anak tidak mengganggu ketika mereka membuat kerja dan juga tidak berbuat bising.
Ada juga ibu bapa yang telah mendedahkan anak mereka dengan gadget walaupun baru beberapa bulan dilahirkan.
Antara alasan ibu bapa memberikan anak mereka telefon pintar adalah untuk membahagiakan anak. Hal ini ialah dengan memberikan dia hadiah gajet pada hari lahir dan juga atas kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran ataupun sukan.
Berikut adalah kesan buruk akibat penggunaan gajet terhadap anak-anak dan cara untuk mengatasinya.
Kesan Buruk Terhadap Anak
1. Radiasi
Mengikut kajian, paparan radiasi dari gadget sangat berbahaya bagi kesihatan dan perkembangan anak. Radiasi gadget sangat berisiko mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan otak dan sistem imun anak.
2. Ketagihan
Pengaruh gadget terhadap anak juga akan menyebabkan mereka ketagihan dan rasa bergantung. Hal ini akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan fizikal anak anda. Mereka yang asyik bermain gadget biasanya akan lupa atau kurang berminat untuk makan sehingga kekurangan nutrisi dalam diri. Ketagihan gadget juga akan menjadikan anak bersifat pendiam dan tidak suka untuk bersosial.
3. Menghalang Tumbesaran
Kanak-kanak yang terlalu bergantung dengan gadget cenderung untuk mengalami kelewatan dalam proses perkembangan. Hal ini kerana kanak-kanak ini tidak gemar bergerak dan melakukan aktiviti sehingga proses tumbesaran mereka menjadi lambat.
4. Penyakit Mental
Penggunaan gadget yang tidak terkawal dan berterusan boleh menjadi salah satu punca penyakit mental seperti tekanan, gangguan perasaan dan autism.
5. Obesiti
Kanak-kanak yang terlalu leka bermain gadget sangat berisiko memiliki berat badan yang berlebihan atau obesiti. Ini terjadi kerana mereka sangat kurang bergerak dan mengeluarkan peluh. Ini akan membuatkan lemak mereka tidak terbakar dan menjadi punca kenaikkan berat badan secara berlebihan.
6. Tidur Terganggu
Jangan berikan gadget pada anak anda pada waktu malam kerana boleh mengakibatkan waktu tidur mereka terganggu dan membantutkan perkembangan mereka. Bermain game atau menonton video pada waktu malam akan menyegarkan mata mereka sehingga tidak mahu tidur awal. Tahukah anda kanak-kanak perlu mendapatkan waktu tidur yang cukup bagi mendapatkan tumbesaran yang sempurna?
7. Pengaruh Negatif
Kadang-kadang mereka menonton video yang tidak sepatutnya. Tanpa kita sedari dan ada juga yang menonton aksi ganas seperti pergaduhan dan turut “mempraktikan” aksi itu diluar.
Tips Untuk Mengatasinya
1. Sediakan Tugas
Sediakan tugas untuk mereka seperti menyapu sampah, lap meja, lipat baju, basuh kereta atau apa sahaja. Memang hasil kerja mereka lansung tidak menakjubkan tetapi perkara-perkara begini dapat membantu mereka mengisi waktu lapang mereka. Pastikan anda sentiasa memberi pujian atau ganjaran atas semua hasil kerja mereka.
2. Sediakan Jadual Harian
Sekiranya mereka memang sukar untuk dipisahkan dengan gadget. Cuba sediakan jadual waktu dan hadkan penggunaan daripada harian kepada hari minggu sahaja. Penggunaan juga tidak melebihi satu jam atau kurang dan latih mereka untuk menerima jadual yang anda telah aturkan. Walaupun mereka memberontak itu adalah lebih baik daripada masa depan mereka terjejas.
3. Luangkan Lebih Masa Bersama Keluarga
Cuba penuhkan jadual hari cuti atau hari minggu anda dengan berkumpul bersama anak-anak. Sediakan permainan yang boleh dimain bersama-sama dan sediakan juga sesi meluah perasaan dan mendengar cerita. Dengar semua yang anak anda hendak cerita yang mungkin mereka tidak berkesempatan cerita ketika anda bekerja.
4. Elakkan Penggunaan Gadget
Elakkan dari bermain handphone didepan anak anda lebih-lebih lagi diwaktu anak anda perlukan perhatian anda. Hal ini kerana anda cuma akan menarik perhatian mereka untuk melihat apa yang anda sedang lakukan.
5. Benarkan Mereka Bermain
Benarkan mereka bermain dengan rakan sebayanya ataupun sesekali benarkan anak anda menjemput mereka kerumah untuk bermain atau mengulangkaji pelajaran bersama. Secara tidak lansung, perbuatan ini akan membolehkan anak anda lebih bersosial.
Kita sebagai ibu bapa haruslah bijak dalam mengawal anak-anak kita. Cuba elakkan daripada mendedahkan anak anda terlalu awal kepada gadget. Jangan biarkan rumah anda sunyi tanpa gelak tawa dan tangis mereka kerana satu hari nanti anda pasti akan merinduinya.
Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang hebat ya! jadi buktikan anda memang hebat!