[VIDEO] Kieda Dakwa Setiap Hari Tingkap Rumah Ada Kesan Cungkil, Rupa-Rupanya..
Kehidupan zaman sekarang sungguh menyeramkan. Bukan sahaja bencana alam berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja, namun kejahatan yang dilakukan oleh manusia juga turut sama berlaku. Demi wang, ada segelintir daripada mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Mencuri, menyamun, membunuh, mengkhianat, menyakiti dan segala macam perbuatan yang tidak wajar dan salah. Lihatlah berapa ramai hari ini sanggup menggadaikan nyawa semata-mata melakukan segala perbuatan yang salah dari segi undang-undang dan agama.
Kadangkala terfikir juga, di mana dan bagaimana mereka mendapat keberanian sedemikian rupa. Tanpa rasa segan, was-was dan takut pun. Bahkan mereka kelihatan selamba sahaja melakukan hal-hal tersebut. Bagi mangsa, pasti ianya satu perkara yang menakutkan.
Kieda Dakwa Setiap Pagi Tingkap Rumah Ada Kesan Cungkil, Rupa-Rupanya..
Seperti mana yang dikongsikan oleh Kieda, seorang wanita yang cukup popular dan dikenali ramai dengan jualan Crepe di Pulau Pinang. Terbaharu, Kieda sempat berkongsi sebuah video yang memaparkan episod menyeramkan di mana rumahnya dikunjungi individu yang tidak dikenali pada waktu malam.
Kieda mendakwa hampir setiap pagi tingkap bilik di rumahnya ada kesan cungkil. Bukan satu namun kesemua tingkap di bahagian rumahnya terdapat kesan cungkil. Ekoran itu, Kieda kemudiannya melihat CCTV dan kejadian tersebut cukup membuatkan mereka sekeluarga ketakutan.
Video CCTV yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok itu, dapat dilihat seorang lelaki berseluar pendek dan berbaju T-Shirt. Lelaki berkenaan dilihat dengan perlahan mendekati rumahnya dan kemudian mengintip tingkap rumah sambil memegang sepasang selipar. Tambah Kieda lagi, individu berkenaan juga memegang pisau pemotong pokok .
“CCTV ni cukuplah buat kami takut. Seram hantu lain, seram dengan manusia ni lain”, tulis Kieda di ruangan caption.
Trauma kena macam ni..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggal oleh warga TikTok. Ada yang menyarankan agar Kieda memasang alarm apabila ada yang menghendap. “pasang alarm.bila mai mengendap, bg alarm berbunyi kuat,biar lari xcukup tanah,jiran2 semua keluar tgk sape mai mngendap” – tulis Dayana Ghazi.
Dalam masa yang sama, ada juga sempat berkongsi bahawa dia selalu kena dan kerana geram satu hari dia telah menyimbah air panas. ” Sy pun selalu kena, dah geram sangat 1 hari tu saya simbah dengan air panas dekat tangan dia”, tulis nuridayu73 di ruangan komen.
Namun Sahera Nawi pula menulis, “trauma kena macamni . rumah saya raya haritu masuk pencuri..kitorg kuar kjp dlm sejam . balik pintu dpur terbuka sikit..org tu menyorok blkg rak kain”.
Manakala menurut Amira, hal tersebut dikatakan bahaya lebih-lebih lagi jika bermain dengan senjata tajam.
Realiti hidup ini sungguh menakutkan bukan? Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui apakah matlamat utama lelaki atau pengintip berkenaan. Tapi itulah, apabila sudah berjaya ini pasti ramai yang mula mengambil kesempatan.
Buatlah sesuatu kerana individu berkenaan bukan sahaja mengintip, mencungkil namun turut membawa senjata tajam. Semoga keluarga Kieda dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah sentiasa.
Sumber: TikTok KiedAmy
Baca juga: Alami Hoarding Disorder, Wanita Ini Tunjuk Keadaan Dapurnya Yang Mengejutkan