Isu Guru Dibuang Kerja, Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Bersidang Hari Ini


Baru-baru ini viral berkenaan dengan seorang guru yang dikenali dengan nama Mohd Fadli Salleh dibuang kerja gara-gara jujur dan mengatakan kebenaran. Tindakan tersebut bukanlah dibuat berdasarkan masalah disiplin namun hanya disebabkan berkata jujur.

Sebelum ini, Cikgu Fadli penah menyuarakan beberapa pendapat. Pendapat atau kebenaran tersebut bukanlah untuk dirinya semata-mata namun untuk anak-anak rakyat Malaysia yang bersekolah.

Antara beberapa masalah dan pendapat yang pernah dilontarkan oleh Cikgu Fadli adalah berkenaan dengan beg berat bahaya pada anak-anak, silibus tinggi dan padat, bilangan murid yang ramai dalam kelas, banyak subjek yang dipelajari murid, masa subjek teras tidak mencukupi dan adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan.

Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang :

  1. Beg berat bahaya pada anak-anak kita
  2. Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri.
  3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas.
  4. Subjek yang banyak murid belajar.
  5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.
  6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.

Itu yang saya tulis. – Sedikit petikan dari status yang dimuat naik oleh Cikgu Fadli.

Isu Guru Dibuang Kerja, Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Bersidang Hari Ini

Ekoran itu, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan bakal bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli Mohamed Salleh, guru Matematik pada 14 Oktober lalu.

Datuk Pkharuddin Ghazali, Ketua pengarah Pendidikan menjelaskan, surat tindakan tatatertib yang diterima Mohd Fadli itu tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan namun surat tersebut bertujuan memaklumkan pendakwaan guru Matematik tersebut sudah diterima.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali menjelaskan, surat yang diterima Mohd Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

“Sebaliknya, surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu Fadli mengenai dakwaannya sudah diterima oleh pihak berkuasa lembaga tatatertib. Serta keperluan untuk mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis.” Katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, semalam.

Datuk Pkharuddin Ghazali juga turut berkata, prosedur tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan diguna pakai oleh semua penjawat awam yang sedang berkhidmat.

Lihat video di sini

Dalam masa yang sama, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga turut ingin berjumpa dengan Cikgu Fadli bagi berbincang isu yang disebutkan olehnya.

“Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga ada tag saya. Nak jumpa bincang isu yang saya sebut katanya.”, kongsinya menerusi Facebook.

isu guru dibuang kerja

Semoga segala urusan Cikgu Fadli dipermudahkan. Ayuh kita sama-sama memberikan sokongan kepada beliau untuk kepentingan anak-anak kita bersama. Semoga apa yang disuarakan oleh beliau turut diterima oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kredit:Facebook KPM & Mohd Fadli Salleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat