Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan Tunai Umrah Pertama Kali?


Menjadi salah seorang tetamu Allah tidak kira sama ada untuk melakukan Umrah ataupun Haji merupakan satu nikmat yang tidak disangka-sangka. Ia berdasarkan rezeki masing-masing. Tidak kira kaya mahupun miskin.

Ramai sahaja yang kaya, namun tidak pernah sampai di Tanah Suci. Mungkin belum tiba masanya lagi Allah menjemput mereka. Saban tahun dan saban bulan, pasti berduyun-duyun manusia akan menunaikan umrah, tidak kira dari negara mana sekalipun.

Apabila orang biasa yang pergi menunaikan Umrah ataupun Haji memang tidak mendapat perhatian ramai. Namun apabila ada orang-orang yang terkenal ataupun para artis yang menunaikan Umrah, sebaliknya pula.

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan Tunai Umrah Pertama Kali?

Seperti mana yang heboh dan viral di media sosial mengenai artis Bollywood iaitu Shah Rukh Khan menunaikan Umrah buat pertama kalinya. Menurut laporan Harian Metro, pada ketika ini beliau berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah.

Menerusi video dan gambar yang beredar di media sosial, Datuk Shah Rukh Khan dilihat lengkap memakai ihram dan turut diiringi beberapa orang lelaki. Dipercayai lelaki tersebut adalah pengawal peribadi beliau.

Aktor berusia 57 tahun ini dilihat mengenakan pelitup muka namun ramai dalam kalangan jemaah lain yang turut berada di situ tetap mengenali siapa di sebalik pelitup muka berkenaan.

Menerusi laporan Hindustan Times pula, sebelum Datuk Shah Rukh Khan mengerjakan Umrah, beliau baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi. Filem Dunki mengisahkan tentang cubaan memasuki negara lain secara haram yang diarahkan oleh Rajkumar Hirani. Ia merupakan kerjasama pertama Datuk Shah Rukh Khan bersama dengan pengarah filem tersebut.

Sementara itu, berita beliau mengerjakan Umrah mencetuskan pelbagai komen positif dalam kalangan warganet. Ramai yang teruja dan tak henti-henti ucap syukur. Bukan itu sahaja, ramai juga yang turut mendoakan agar urusan ibadah umrah pelakon tersebut dipermudahkan.

Sedikit sebanyak mengenai Shah Rukh Khan

Sekadar makluman, Shah Rukh Khan merupakan seorang pelakon, penerbit, penyanyi, pengarah dan pengacara televisyen India yang cukup dikenali dan disegani ramai. Bukan sahaja di India, malah di negara lain juga.

shah rukh khan

Shah Rukh Khan mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1988. Sehingga hari ini, banyak siri dan filem yang dilakonkan dan diarahkan oleh beliau. Beliau merupakan penganut agama Islam dan mendirikan rumah tangga dengan wanita beragama Hindu iaitu Gauri Khan pada tahun 1991.

Shah Rukh Khan dan isteri dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aryan, Suhana dan AbRam Khan. Sebelum ini, pelakon filem Kal Ho Naa Hoo ini pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan haji bersama anak-anaknya.

Menurut beberapa sumber, Shah Rukh Khan berasal daripada keluarga yang menjalankan perniagaan. Pada ketika dahulu, ayahnya mempunyai beberapa perniagaan seperti restoran dan hidup secara sederhana di apartment yang disewanya.

Namun selepas ayah dan ibunya meninggal dunia, Shah Rukh Khan telah hilang tempat bergantung dan kehabisan duit. Bagi menyara hidupnya serta kakaknya, beliau telah bekerja di tempat konsert dengan bayaran kira-kira RM3.40.

Kemudian, beliau bermula dengan watak kecil di dalam drama dan filem. Pada ketika itu beliau dibayar RM1700 sahaja. Namun selepas beberapa puluh tahun terlibat dalam industri filem, akhirnya pada tahun 2016 beliau mendapat bayaran sebanyak RM145.55 juta.

Sumber: Harian Metro 

Baca juga: Pacuan Empat Roda Terbabas & Terjunam Dalam Sungai, Warga Emas ‘Pergi’ Selamanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat