Piala Malaysia : Juara Milik JDT


Piala Malaysia

Piala Malaysia Milik JDT

Piala Malaysia milik Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pasukan ini membuktikan kejaguhan mereka di perlawan akhir. JDT muncul juara selepas menewaskan Kedah 3-0 dalam aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kemenangan itu jelas mengulangi skrip sama 2 tahun lalu apabila JDT menumbangkan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam untuk menjulang trofi buat kali pertama.

Hampir 86 ribu penonton menyaksikan perlawanan itu , JDT tidak menghadapi sebarang masalah dalam perlawanan akhir itu. Harapan melihat Kedah yang merupakan juara Piala FA memberi tentangan sengit tidak tercapai apabila Kedah tampil dengan permainan yang suram.

Analisis Perlawanan

Dalam perlawanan itu, anak buah Benjamin Mora itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Leandro Velazquezz menyudahkan hantaran Gonzalo Cabrera pada minit ke-27 untuk meletakkan JDT di hadapan.

Piala Malaysia

Pemain terbaik perlawanan Safawi Rasid, 22 membuktikan ketajamannya apabila melebarkan jaringan dengan menghasilkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke 35.

Bersambung babak kedua, kebangkitan yang diharapkan daripada skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tidak kesampaian. Malah, JDT terus menekan dan berjaya menambah jaringan hasil tandukan penyerang kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad pada minit ke-58.

Serangan demi serangan di lakukakn kedua dua pasukan namun keputusan itu kekal hingga wisel penamat. JDT dinobatkan juara Piala Malaysia 2019.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat