Tragedi Rayan Berulang, Haidar Terjatuh Perigi di Afghanistan dan Kini Dilaporkan Keletihan dan Tertidur


Tidak sampai dua minggu selepas kes Rayan, kini tular pula isu Haidar, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dari Afghanistan terjatuh perigi.

Berlaku, di Kampung Shokak, wilayah Zabul, Afghanistan, para penyelamat kini sedang bergelut untuk keluarkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap sejak Selasa lepas.

Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di sosial media, Haidar dilihat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Perigi tersebut dikatakan mencatatkan kedalaman 24 meter (82 kaki). Haidar pula dilaporkan tersangkut pada batu di kedalaman 10 meter.

haidar terjatuh perigi

Macam Mana Haidar Terjatuh Perigi ?

Datuk Haidar, Haji Abdul Hadi berkata cucunya terjatuh ke dalam perigi apabila dia sedang cuba untuk bantu sekumpulan dewasa menggali lubang punca air baru di kampung yang sedang dilanda kemarau itu.

Operasi yang digunakan oleh para penyelamat bagi mengeluarkan Haidar juga dilaporkan sama dengan cara yang digunakan bagi menyelamatkan Rayan lebih kurang dua minggu lepas.

Ketika ini, para penyelamat sudah berhenti menggunakan jentolak dan kini menggunakan alatan menggali menggunakan tangan kerana ia boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak ini.

Menurut maklumat terkini yang dikongsikan, Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam mengatakan Haidar kini semakin kelihatan dan tinggal setengah meter sahaja lagi untuk capai kanak-kanak tersebut.

“Dia boleh sahaja ditarik, namun keadaan berbatu di sekeliling boleh cederakan mangsa. Oleh itu pihak gabenor tidak membenarkan Haidar ditarik keluar dan menyarankan supaya batu dipecahkan bagi mengeluarkan kanak-kanak tersebut dengan selamat. ”

Tambah Abdullah, bantuan oksigen, ambulans serta kelengkapan lain telah pun disediakan di tempat kejadian.

Sejak Haidar terjatuh perigi, tempat kejadian telah dibanjiri oleh penduduk kampung Shokak yang ingin ketahui perkembangan kanak-kanak itu di samping mendoakan agar Haidar berjaya diselamatkan.

Menteri Pertahanan Afghanistan, Mawlavi Mohammad Yaqoub dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Abdul Bari Omar turut dilaporkan turun padang ke tempat kejadian bagi memantau operasi menyelamatkan Haidar.

haidar terjatuh perigi tular di sosial

Kredit Foto : The Bangkok Post

Terkini, Haidar dilaporkan tidak berkomunikasi sejak semalam dipercayai kerana keletihan dan tertidur.

Di sosial media #SaveHaidar mula tular sebagai tanda solidariti dan sokongan bagi operasi menyelamat kanak-kanak yang sudah terperangkap lebih 60 jam ini.

Dilaporkan kini operasi menyelamat sudah berada di fasa akhir. Sama-sama kita doakan keselamatan Haidar dan semoga anak kecil ini dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat