Dr Muhammed, Hero Rakyat Kini Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Perdana Menteri


Dr. Muhammed Abdul Khalid yang berasal dari Penang serta berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan ketika ini juga merupakan ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan.

Nama Muhammed mula menjadi sebutan ramai sebelum ini apabila beliau tampil menjadi seorang daripada tiga panel jemputan stesen TV kerajaan, RTM, yang membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi.

Melalui temubual di Wacana di TV1, Landskap – Prabajet: Harapan Rakyat & Realiti Ekonomi pada 17 Oktober, beliau menegaskan walaupun pertumbuhan ekonomi negara positif tetapi rakyat tidak merasa kesan ini.

5 Sebab Mengapa Rakyat Tidak Merasakan Kesan Pertumbuhan Positif Ekonomi

  1. Ekonomi negara berkembang, tetapi dengan cara perlahan, menyebabkan jumlah graduan yang tidak bekerja naik 13 peratus.
  2. Jumlah peratusan peluang pekerjaan yang dicipta sejak 2011 kebanyakkannya adalah di kategori kemahiran bawahan dan kemahiran pertengahan, dan tidak sesuai untuk graduan kita.
  3. Gaji graduan dari 2007 sehingga tahun lepas tiada peningkatan jika dikira selepas menolak inflasi, ianya tiada perbezaan.
  4. Gaji rakyat Malaysia tidak mampu untuk menampung kehidupan seharian. Ini kerana kadar inflasi adalah lebih tinggi daripada kadar kenaikan gaji. Mengikut statistik dari Jabatan Perangkaan Negara, 50% pekerja di Malaysia hanyalah bergaji di bawah RM2,000.
  5. Peningkatan harga barang terutamanya barangan keperluan.

Pada hari ini, beliau secara rasminya telah dilantik oleh Pejabat Perdana Menteri sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri. Ini merupakan satu penghargaan atas jasa jasa beliau selama ini, juga dikenali sebagai Hero Rakyat dari kalangan Cendekiawan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat