Tidak Hanya Mampu Milik, Malah Kualitinya Setaraf Jenama Antarabangsa ! Ini 9 Jenama Kosmetik Dari Malaysia Yang Anda Wajib Miliki

Sumber Rujukan : Sevenpie

Sebagai seorang wanita, barangan kosmetik adalah satu kunci kepada keyakinan dalam menjalani kehidupan seharian.

Sejak dahulu, barangan komestik sudah menjadi satu barangan yang wajib untuk dimiliki oleh segolongan wanita di luar sana.

Mungkin kita terbiasa dengan produk luar negara yang popular seperti Maybelline, Urban Decay, Huda Beauty dan M.A.C, namun tahukah anda terdapat banyak produk kosmetik tempatan yang cukup berkualiti serta menawarkan harga yang lebih mampu milik ?

Sebahagian daripadanya juga berjaya menembus pasaran luar negara!

Berikut merupakan beberapa jenama barangan kosmetik yang anda wajib miliki !

9 Jenama Kosmetik Dari Malaysia Yang Berkualiti Setaraf Antarabangsa

1.  SILKYGIRL

Nama SILKYGIRL sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja menawarkan produk dengan harga mampu milik, namun ia juga mudah dijumpai di farmasi mahupun pasar raya.

Meskipun sudah bertapak dalam industri kosmetik tempatan selama hampir 20 tahun, SILKY kekal relevan sebagai jenama kosmeti yang relevan bagi yang ingin berjinak-jinak dalam menggunakan mekap tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak.

Antara produk SILKYGIRL yang terkenal adalah Matte Lip Junkie dan OMG! SILKYGIRL Powder Matte.

 

Antara produk Silkygirl yang terkenal

2. Pretty Suci

Diperkenalkan pada tahun 2017, Pretty Suci erupakan jenama mekap pertama berstatus halal yang menembus pasaran Sephora. Kini Pretty Suci semakin popular di kalangan pelanggan tempatan. Selain mekap, Pretty Suci juga menawarkan produk lain seperti pewarna kuku dan produk penjagaan wajah bagi kaum Adam.

 

jenama kosmetik dari malaysia

3. SimplySiti

Diasaskan oleh penyanyi terkenal tanah air, Dato’  Sri Siti Nurhaliza, SimpySiti telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan kekal sehingga ke hari ini sebagai jenama kosmetik tempatan paling popular.

Ia juga mudah didapati di farmasi berdekatan seperti Watsons, Guardian dan Caring.  Selain menyediakan pelbagai jenis kosmetik seperti krim CCDD, lipstik, bedak kompak dan maskara, SimplySiti juga menawarkan rangkaian penjagaan kulit wajah.

jenama kosmetik dari malaysia

Kredit : WowShop

 

4. Velvet Vanity

Velvet Vanity Kosmetik merupakan sebuah jenama kosmetik dari Malaysia yang berkonsepkan ultra-moden dan menjamin produk yang bebas paraben dan berasaskan tumbuhan.

Ini adalah salah satu jenama yang memegang konsep penggunaan alat solek sebagai keperluan yang menyerlahkan kecantikan dan menambahkan suasana ceria.

Lipstik Liquid Matte dan Super Slim Stick merupakan antara produk terlaris bagi jenama kosmetik yang berpangkalan di ibu negara ini.

Velvet Vanity kian menyerlah dengan nama produk yang unik seperti “Blood Wasted” dan “Slamberry” untuk produk lipstik mereka.

Dengan warna yang natural dan cantik, ia sangat sesuai untuk solekan harian mahupun majlis formal.

 

5. Orkid Cosmetics

Satu lagi jenama kosmetik dari Malaysia yang diiktiraf halal, Orkid Cosmetics pantas meraih populariti dengan rangkaian creamy liquid lipsticks.

Koleksi ini menawarkan warna lipstik matte yang ringan dan lembut pada bibir serta diperkaya dengan khasiat vitamin E yang baik untuk bibir.

6. Breena Beauty

Breena Beauty diasaskan oleh penulis blog terkenal Malaysia, Sabrina Tajudin. Ditubuhkan pada tahun 2014, jenama ini juga memperkenalkan alat solek berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Kini produk ini menjadi kegemaran penggemar barangan mekap kerana menawarkan berus solek dengan kualiti mewah namun mampu milik.

 

jenama kosmetik dari malaysia

Kredit : Lippielust.com

7. Forest Colour

Mengambil inspirasi dari hutan hujan tropika negara, Forest Colour menawarkan produk berasaskan bahan semulajadi berkualiti tinggi.

Kebanyakan produk mereka juga digabungkan dengan manfaat kolagen yang mampu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan.

Bagi yang ingin mencuba, apa kata anda mulakan dengan Collagen Crystalline Lip Gloss untuk sentuhan berkilau lagi melembapkan bagi menyerikan lagi wajah!

jenama kosmetik dari malaysia

Kredit : ForestColour.com

8. SO.LEK Cosmetics

Jenama SO.LEK Cosmetics mula membuat kemunculan pada tahun 2016 dengan memperkenalkan krim bibir Gincu. Selain memberi makna alat solek, SO.LEK juga adalah singakatan bagi “SO? Relax!”.

Kini SO.LEK Cosmetics menawarkan lebih banyak rangkaian produk untuk wajah dan mekap bahagian mata. Antara produk yang mempunyai peminatnya tersendiri adalah Celak yang menawarkan tekstur yang halus, mudah untuk digayakan serta anti-comot. Jenama ini juga dipercayai sebagai mesra wudhuk dengan ciri-ciri yang mudah untuk dipadam.

so.lek antara jenama kosmetik dari malaysia

9. SUGARBELLE Cosmetics

Diasaskan pada tahun 2015 oleh dua usahawan terkenal Malaysia, Eyqa Sulaiman (Sugarscarf) dan Belle Al Yahya (Belle Ammara), Sugarbelle mengkhususkan kepada lipstik berkrim yang mirip NYX’s Soft Matte Lip Cream.

Bagi menyaingi produk kosmetik terkemuka, Sugarbelle Cosmetic turut menawarkan produk yang selamat dan berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan kecantikan setiap wanita, tidak kira umur atau warna kulit.

Jenama ini juga menawarkan eyeliner, maskara, dan juga lipstik. Tetapi yang paling penting, mereka berbangga dengan Luxe Lip Cream yang dihasilkan dengan warna lembut dan menarik.

sugarbelle antara jenama kosmetik dari malaysia

 

Wah, rupanya begitu jenama kosmetik dari Malaysia yang cukup berkualiti dan berhasil menempa nama di pasaran luar negara.

Begitu ramai pengusaha-pengusaha tempatan yang telah berjaya dalam membantu wanita di luar sana untuk memiliki sebuah keyakinan diri dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Jadi apa yang ditunggu lagi ? Jom sokong produk tempatan menawarkan kualiti setanding jenama antarabangsa ini.  Tidak hanya menjamin kepuasan pengguna, malah harganya juga jauh lebih berpatutan untuk dimiliki oleh wanita Malaysia!

Blast kepada nombor telefon serendah RM0.08 per SMS

Satu komen untuk “Tidak Hanya Mampu Milik, Malah Kualitinya Setaraf Jenama Antarabangsa ! Ini 9 Jenama Kosmetik Dari Malaysia Yang Anda Wajib Miliki”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat