8 Cara Aku Berniaga Di Pasar Malam Untuk Survive – Daily Rakyat

8 Cara Aku Berniaga Di Pasar Malam Untuk Survive

Sumber Rujukan : Khairul Naim Kamaruddin

Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku. Kau rasa bermanfaat, boleh cuba. Cara aku berniaga di pasar malam untuk survive. Ini yang dikongsikan oleh Khairul Naim Kamaruddin . Cara bagaimana berniaga di pasar malam.

1. Masa ni aku dah berhenti kerja.

Ini lah bisnes yang aku terfikir masa ni. So adalah baki duit sikit buat aku beli balang air. Aku beli pati mango yogurt kat supplier dan aku bancuh kat tapak niaga.

2. Cari pasar malam berdekatan dengan rumah.

Bila barang niaga semua dah ada. Aku google tapak pasar malam yang berdekatan dengan rumah aku. So dia keluar senarai pasar malam sepanjang minggu. Dah ada jadual niaga hari-hari.

cara pasar malam

3. Cari tapak makanan yang kosong.

Step seterusnya. Pergi tapak pasar malam. Usha-usha tapak area makanan yang kosong. Jangan kau jual air kat area orang jual baju pulak. Haha.

Baca : Apa Bisnes Yang Sesuai Untuk Tahun 2018?

4. Bertanya gerai sebelah boleh tumpang berniaga?

Bila dah jumpa tapak yang kosong. Aku Tanya gerai sebelah, “Assalamualaikum bang, boleh tumpang niaga kat tapak ni?” . Kalau dia kata boleh, aku terus setup gerai dan mula niaga. Tapi bila dia cakap “tak boleh, ada orang, dia tak layan kau” aku terus jer cari tempat lain. Tak perlu layan emosi nak sentap-sentap. Aku pernah rasa. Aku tanya dia buat tak tahu. Sentap jugak hati ni. So aku teruskan jer cari tapak. Ada peniaga pasar malam baik, ada yang memang taknak borak, bukan diorang jahat, Cuma diorang “pemalu.”

5. Jangan minta diskaun bayar tapak.

Bila aku dah mula niaga, orang yang kutip duit tu akan datang collect duit. Aku bagi laa. Jangan kau mintak diskaun pulak, sebab kau dah lah niaga tumpang, lepastu nak diskaun? Kena halau jap lagi.

8 Cara Aku Berniaga Di Pasar Malam Untuk Survive

6. Cari tapak kekal.

Lepastu kau try-try laa tanya dia, “bang sini ada tapak kekal lagi ke” kalau ada dia ckp ada, nanti dia bagi borang untuk kau isi. Tapi kalau dia kata takde tapak kosong, boleh try tanya peniaga-peniaga kat situ. Kadang diorang ada network nak jual tapak.

7.  Berniaga tanpa cuti buat permulaan.

So niaga la hari-hari tanpa cuti buat permulaan, kau rajin banyak laa kau dapat. Dulu kau niaga sikit-sikit jer. Boleh laa dapat jualan RM100-RM150 sehari. Cukup laa nak survice buat permulaan.

Baca : 9 Jenama Kosmetik Malaysia Yang Setaraf Dunia!

8. Simpan duit dengan bijak.

Duit niaga pasar malam ni kau wajib pandai simpan. Tak simpan memang kelaut. Sebab kau rasa esok kau dapat duit lagi. So kau guna duit sales hari ni bagi habis. Sampai tua kau niaga situ tak berkembang.

Satu komen untuk “8 Cara Aku Berniaga Di Pasar Malam Untuk Survive”

  1. Wanwan berkata:

    Cadang yag bernas..terbaik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat