TERKINI – Tony Fernandes Melepaskan Jawatan Sebagai CEO AirAsia

Sumber Rujukan : Bernama.com

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB) Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes, akan melepaskan jawatan eksekutif mereka. Berkuat kuasa serta merta berikutan siasatan rasuah Airbus.

Syarikat Penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelepasan itu akan berjalan untuk tempoh dua bulan atau satu tempoh lain yang dianggap sesuai.

Berikutan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh syarikat penerbangan, sebuah jawatankuasa yang berkenaan telah memutuskan untuk mengekalkan mereka sebagai penasihat.

Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif tersebut memutuskan untuk kekalkan mereka sebagai penasihat kepada syarikat dalam tempoh dua bulan.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli bukan eksekutif lembaga pengarah syarikat penerbangan itu.

“Berdasarkan kepada cadangan jawatankuasa berkenaan, Tharumalingam Kanagalinam telah silantik sebagai pemangku interim Ketua Pegawai Eksekutif AAGB,” katanya.

Kamarudin dan Tony Fernandes akan dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah bukan bebas bukan eksekutif AAGB. AAGB dan AirAsia X Bhd menjunam dalam perdagangan aktif selepas laporan mengenai siasatan rasuah itu timbul.

Pada 5 petang, AirAsia Group susut 15 sen atau 10.49 peratus kepada RM1.28 dengan 57.67 juta saham bertukar tangan. Manakala AirAsia X merosot satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen dengan 32.97 juta saham diniagakan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam berkata ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.

AirAsia menerusi kenyataannya pada Sabtu lepas, menafikan dakwaan rasuah terhadapnya dan berkata ia tidak pernah terlibat dalam mana-mana siasatan Serious Fraud Office United Kingdom (SFO) mengenai Airbus atau diberikan sebarang peluang untuk menyediakan sebarang maklumat atau penjelasan kepada SFO.

AirAsia berkata demikian merujuk artikel bertajuk “AirAsia director/staff got RM24o mil bribe from Airbus, court docs say” di laman web focusmalaysia.my serta artikel-artikel lain yang tersiar di media berkaitan Persetujuan Pendakwaan Tertunda yang dicapai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Jan,2020.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat