Cara Berkesan Cuci Kain Lap Dapur. Bersih & Wangi


Kain pengelap sangatlah diperlukan bagi setiap rumah terutamanya di bahagian dapur. Ia sangat berguna dalam membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur.

Jika dicuci ala kadar kain lap tersebut nampak kotor dan tidak selesa untuk digunakan. Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Jom try petua mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.

 

Bahan-Bahan Yang Digunakan:

Baha-bahan yang digunakan untuk basuh kain lap ni senang je iaitu menggunakan tiga bahan sahaja. Bahan yang senang didapati dan sudah pun ada dirumah masing-masing

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan soda bikarbonat
  • 1 cawan cuka
  • 1 mangkuk air panas
  • Kain pengelap

Cara-cara:

 

    1. Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
    2. Kemudian masukkan cuka. Kacau sehingga rata.
    3. Seterusnya, masukkan kain pengelap ke dalam cuka tersebut. Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Tambah air panas jika perlu. Biarkan kain direndam samalaman.
    4. Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap korang akan lebih bersih dan tidak berbau busuk.Semoga lepas ni semua kain lap bersih dan wangi. Selamat mencuba. Jangan lupa Share dekat family, kawan-kawan, adik beradik, makcik pakcik. supaya mereka takperlu risau lagi dah basuh kain lap dapur tapi masih berbau 😉

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat