Stres menggangu hidup anda? Lakukan senaman berlari diawal pagi untuk membantu kehidupan seharian anda

Sumber Rujukan : wanista

Anda stres? Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan? Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan? Anda inginkan suasana yang tenang dan nyaman? Cuba lakukan senaman di awal pagi untuk mendapatkan semua perkara yang anda ingini dan lari daripada pelbagai pekerjaan yang menanti anda.

Seperti yang kita tahu, berlari merupakan satu senaman yang mudah bagi semua peringkat umur untuk mempraktiskannya. Ia bukan sahaja membantu membakar lemak di badan malah dapat menguatkan jantung dan memastikan anda berada dalam keadaan sihat.

Berlari di awal pagi bukan sahaja membantu mencergaskan kesihatan fizikal anda malah kesihatan mental juga dapat dijaga.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman ini kerana perlu bekerja, jangan risau hujung minggukan ada!

Kenapa berlari di awal pagi boleh menyihatkan anda?

1. Ia boleh menurunkan tekanan darah
Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Scott Collier menunjukkan pengurangan tekanan darah secara mendadak dalam kalangan golongan orang tua yang bersenam di waktu pagi berbanding mereka yang bersenam pada waktu petang. Kesan ini dipercayai mempunyai jangka masa panjang, selagi mana individu tersebut melakukan rutin harian mereka dengan baiknya.

2. Waktu pagi lebih menyegarkan
Pada waktu pagi, udara yang dihirup oleh anda lebih segar dan sejuk. Anda tidak akan merasakan kepanasan dalam berlari. Bukankah lebih selesa jika tiada gangguan semasa kita berlari. Berlari membantu menenangkan minda, meningkatkan positiviti, dan menghilangkan stres sepanjang hari. Ini adalah sebab berlari pada waktu pagi membantu anda mendapatkan minda yang tenang dan tenaga yang baru untuk sepanjang hari.

3. Tiada kesibukan dan menyeronokkan

Pada awal pagi, dimana semua orang masih lena diulit mimpi. Anda tidak akan diganggu oleh sesiapa pun. Kenyamanan dan keseronokan udara membuatkan anda lebih selesa untuk melakukan senaman. Tiada sesiapa yang akan mengganggu anda pada awal pagi. Maka, anda akan mempunyai masa untuk menghabiskan rutin senaman dan tidak risau sekiranya ada urusan penting yang akan muncul.

Maka, luangkan masa anda untuk melakukan senaman seperti ini kerana ia bukan sahaja baik untuk fizikal anda malah mental anda juga akan lebih tenang selepas itu. Anda akan menjadi periang dan berlari dapat menghapuskan asalah dan kegusaran anda. Amalkan untuk kesihatan yang berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat