Setelah 82 Hari Bertapa Di Prince Court Medical Centre, Aku Dibenarkan Pulang Oleh Doktor


Alhamdulillah, setelah 82 hari bertapa di Prince Court Medical Centre (PCMC), aku dibenarkan pulang oleh doktor dan meneruskan rawatan untuk mencuci luka di luar.

82 hari woii! Gilaa.

Jumlah bil semuanya RM 85,691.40. Kalau ditukar jumlah itu dengan benda, aku boleh memandu sebuah kereta Honda CITY baru. Fuhhh!

12813895_10201677702380637_6820414066248857516_n

 

Kali pertama menjejakkan kaki ke PCMC, macam tak percaya itu adalah sebuah hospital. Kalau tengokkan suasananya, betul
la macam orang kata, ni ‘hospital orang kaya’ sebab bukan macam hospital dah, tetapi ibarat sebuah hotel 5 bintang.

Siapa sangka, aku ni kerja kakitangan kerajaan biasa biasa je, admin je pun, gaji cuma rm2k sebulan, tiba tiba bila kena sakit boleh dapat rawatan di PCMC ni.
Sampai sekarang aku macam tak percaya.

 

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

Nasib baik lah bulan Februari 2015, aku tergerak hati untuk mengambil perlindungan perubatan takaful daripada TakafulMan. Semasa nak menandatangani borang polisi itu, aku terfikir juga macam rugi je bayar bulan-bulan kat takaful ni.

Aku ni sihat, tak perlu pun takpa takaful ni. Tapi bila ejen aku cakap,

“Memang sekarang hang sihat, tapi nanti kalau sakit macam mana?”

Nasib baik lah masa tu terbuka hati aku untuk mencarum dalam takaful. Dan Alhamdulillah bila aku ditimpa sakit bisul (diameter 25cm, besar pinggan woii!) haritu, aku boleh dapat rawatan yang special, laju, first class, makan hari hari sedap ya Tuhan, dan nurse nurse yang masyaAllah punyalah baik.

10264888_10201677702460639_1636639436524264415_n

 

Kalau aku duduk hospital kerajaan ni aku cuma layak untuk duduk di wad kelas DUA, tak layak untuk dapat bilik seorang.

82 hari duduk wad kelas dua, masakk. Kau pernah pergi tengok wad kelas dua?

Atas semua pengalaman dan pengajaran yang aku dapat ni, aku menyeru kepada mereka diluar sana, yang mana belum mempunyai perlindungan takaful, ambillah sekarang.

Kehidupan kita tidak dapat dijangka. Silalah contact mana-mana TakafulMen yang anda kenali dan bincang dengan mereka. Jika anda tidak kenal mana-mana TakafulMen, boleh lah contact aku kita sembang pasal takaful.

‪#‎TakafulMen‬

P/S : aku juga ucapkan banyak -banyak terima kasih kepada doktor , nurse dan staff di Wad 5F,HDU,5G dan terutamanya wad 5E (ini paling lama sekali aku duduk,77 hari )terima kasih kat Kak Ija, Kak Emelda, Halimah, Farah, Wana, Azreen, Rodi, Ben, Ain, Ayman, Kina, Mei, Rowena dan Sister Rose. Jasa anda semua tidak dapat dibalas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat