Roti Jala Sos Coklat – Daily Rakyat

Roti Jala Sos Coklat

Dari saja2 buat makan boleh menjadi duit poket. Hari ini saja saya dapat tempahan 70set. Saya ingat orang tak suka tapi Alhamdulillah dapat sambutan. Boleh ambik resepi roti jala sos coklat jadi sama kita kongsi ilmu. Yang mana dah share sebelum ni baguslah. Yang belum share silakan saya halalkan. Mohon doakan saya(‎Muhamad Fadzul Ilahi Azha) berjaya dalam bisnes. Aaminn..

Bahan-bahan resepi roti jala sos coklat :

  • Guna kuali nonstick
  • Gandum 3 cawan
  • 2 biji telur
  • 3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
  • 3 sb gula
  • Sedikit garam
  • 3 sb minyak msak
  • 1/2 cawan susu cair
  • Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jgn cair sangat

Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend sehingga halus. Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik, kalau blend adunan tu tidak ada pusar atau pusar kecik masukkan air bagi ada pusar kat tengah.

Guna botol 3 kaki

Bahan-bahan Sos coklat :

  • Double boiler
  • 200gm coklat masakan(selbourne brand saya guna)
  • 200gm susu fullcream / Susu cair

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat