Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle – Daily Rakyat

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Siapa suka pegi Boat Noodle mesti tau menu nih. Kalau pegi Boat Noodle, selain dari noodle dia tu, tak sah kalau tak oder Sangkaya kan. Alaa roti yang di steam kan pastu cicah dengan pandan coconut custard tu.
.
Kak M suka kaya dia sebab tak manis sangat. Makan pulak dengan roti stim fuyoooh memang matching abes. Sedap! Tapi satu je yang tak best nak pegi Boat Noodle ni sebab memanjang penuh kedai, nak kena queue bagai. So paling senang kita buat sendiri. Resepi ni asal dari Thailand, orang thai ni kan memang terror bab bab dessert nih.
.
Jom tengok resepi Sangkaya yang simple nih, kejap je buat dia. Kak M buat untuk breakfast pagi tadi.
.
#RESEPI_SANGKAYA_ALA_BOAT_NOODLE

Bahan-bahan
10 helai daun pandan – kisar dengan setengah cawan air, tapis ambil jusnya
1 biji telur
200ml santan
250ml susu cair
2 sudu besar gula pasir (kak M suka kurang manis, kalau suka manis boleh tambah)
¬Ĺ keeping gula melaka
2 sudu besar tepung jagung
Sikit pewarna hijau
Secubit garam
Cara nak buat:
1. Blend daun pandan dengan setengah cawan air. Tapis air pandan.
2. Campurkan semua bahan di atas dalam periuk. Guna whisk sampai semua bahan larut dan tak berketul.
3. Lepas tu masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga adunan pekat likat atau pekat, anggaran masa lebih kurang 20 minit.
4. Bila adunan dah likat, padam api dan tunggu sejuk sebelum hidang. Sebelum hidang tu tuang sikit susu cair di atas permukaan Sangkaya untuk rasa lemak berkrim.
5. Paling sedap makan dengan roti stim. Match made in heaven giteww!
.
Ni hasil kejadian Sangkaya Kak M pagi tadi. Hasilnya rasa lemak dan wangi. Tahap manis bergantung pada diri sendiri. Siapa suka manis boleh lebihkan gula. Kak M jenis tak berapa suka manis, manis buah je dah ok dah.
.
So pada penggemar Sangkaya macam Kak M, lepas ni boleh buat sendiri tau, boleh makan sampai jemu dan yang pasti sedap, tak yah tunggu makan di Boat Noodle je. Selamat mencuba semua!

1. Blend daun pandan dengan setengah cawan air. Tapis air pandan.

2. Campurkan semua bahan di atas dalam periuk. Guna whisk sampai semua bahan larut dan tak berketul.
4. Bila adunan dah likat, padam api dan tunggu sejuk sebelum hidang. Sebelum hidang tu tuang sikit susu cair di atas permukaan Sangkaya untuk rasa lemak berkrim.
5. Paling sedap makan dengan roti stim. Match made in heaven giteww!
6. Nyam- nyam!
p/s: Resepi ini adalah dikongsikan oleh Puan Marina Ismail, yang merupakan Founder bersama ChentaQaseh. Ikuti perkongsian lanjut beliau di FB beliau Marina Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat