Kenali Penyakit: Resdung- Punca, jenis dan kemudharatannya.


APAKAH RESDUNG (SINUSITIS)

Resdung ialah sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:

  • Streptococcus
  • Staphylococcus

Kedua jenis kuman ini memang sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan antibodi yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kekurangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lender dari hidung dan tekak
  • Sakit pada bahagian muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)

  • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Menerukkan keadaan lelah
  • Berdengkur secara kronik
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK

Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak adalah apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:

Radangan pada hidung.

Faktor yang menyebabkan radangan ialah apabila berlakunya jangkitan kuman dan alergi (alahan). Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung akan membengkak. Apabila dinding hidung membengkak ia akan menutup pintu sinus.

Ketumbuhan atau polip pada hidung

Di mana tumor ini menutup rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung). Apabila rongga sinus tertutup cecair  tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

Jangkitan pada gigi geraham atas

Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus. Apabila anda mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Hal ini akan berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Ada kalanya ketika proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

Genetik

Resdung bukanlah sejenis penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.

JENIS  RESDUNG (SINUSITIS)

  • Akut
  • Kronik

AKUT

Serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan baik, cecair dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan.

Antara ciri-cirinya ialah :

  • Hidung menjadi berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan ini biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  • Rasa sakit apabila tunduk dan sujud.

KRONIK

Apabila resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi tahap kronik. Bagi pesakit yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tidak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka dan sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

INDIVIDU BERISIKO

  • Mereka yang mempunyai alahan terhadap habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
  • Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
  • Mereka yang mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok (abnormality)

KOMPLIKASI

Resdung yang tidak dirawat dengan sebaiknya boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak

Resdung di kalangan kanak-kanak mengakibatkan ia merebak ke dalam mata, menyebabkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Ia boleh menyebabkan mata menjadi buta sekiranya dibiarkan.

Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata. Sekiranya capai tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.

Dewasa

Bagi orang dewasa, cecair tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Kemudian dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery sekiranya nanah merebak ke dalam otak. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian semakin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat