“Pentingnya Dashcam..” Scammer Jalan Raya, Cuba Buat-Buat Dilanggar Namun Akhirnya


Orang kata, zaman sekarang macam-macam perkara yang dibuat oleh mereka yang bernama manusia demi meneruskan kelangsungan hidup. Ada yang mencuba cara yang halal namun ada juga sebaliknya.

Bukan sekadar mencuri, merompak, menyamun namun ada juga yang menggunakan teknik menipu orang bagi mendapatkan wang dengan mudah. Lihat sahaja sejak kebelakangan ini, berapa ramai yang percaya akan kata-kata scammer dan berapa ramai yang sudah menghabiskan duit mereka di bank.

Scammer ini kadang-kadang kebijaksanaan mereka dalam berkata-kata cukup luar biasa kerana ramai yang percaya akan mereka ini. Bukan sahaja scammer atas talian, atas jalan raya pun ada scammer.

“Pentingnya Dashcam..” Scammer Jalan Raya, Cuba Buat-Buat Dilanggar Namun Akhirnya

Seperti mana video viral menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan scammer  jalan raya yang bertindak seakan-akan dia dilanggar sempat dirakam oleh seorang pemilik kenderaan.

Gelagat scammer yang berjantina lelaki, berbaju putih, bertopi keledar putih dan menaiki motosikal itu sempat dirakam menerusi dashcam dan dimuat naik oleh nicolasgoldhoffer.

Pada mulanya, lelaki berkenaan parking motosikalnya di hadapan  kereta milik nicolas sewaktu berada di persimpangan lampu isyarat. Namun sebelumnya dia berada ditempat lain. Selepas beberapa ketika dia beralih tempat dan berada betul-betul di hadapan kereta nicolas.

Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan bukan sahaja berada di situ namun tidak lama kemudian dia mengundurkan motosikalnya dan bereaksi seperti dia dilanggar. Padahal dia sengaja mengundurkan motosilkanya.

Cuba berlagak dia dilanggar, dia kemudian turun daripada motosikal dan memarahi pemilik video tersebut. Tahu dirinya ditipu, pemilik video tersebut tidak keluar atau melakukan tindakan apa-apa.

Sementara itu, pemilik video berkenaan turut meminta agar para pemandu wanita lebih berhati-hati. Jangan terpedaya jika berhadapan dengan situasi sedemikian rupa.

Itu sebabnya perlu ada dashcam..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, itulah pentingnya dashcam. ” itu sebabnya perlu ada dashcam..klu ada scammer cuba buat hal..tunjuk je kat dashcam confirm terdiam”, tulis waltervm.

Ada juga yang menulis, walaupun tahu betapa pentingnya dashcam namun dia tidak tahu bila dapat membelinya. “pentingnya dashcam tapi entah bila aku dpt beli pn tak tahu”, Norhidayah Abu Baker.

Dalam masa yang sama ada juga yang turut meluahkan rasa lega. Katanya nasib baik ada dashcam dan memberi pendapat bawa lelaki berkenaan ke balai. ” nasib ade dashcam… ajak dia gi balai jer settle…pstu bgtau ade record dashcam.. msty cuak..”, tulis fieza#769. 

Tidak dinafikan, dashcam adalah satu kepentingan pada zaman sekarang memandangkan manusia ini panjang akal dalam melakukan pengkhianatan. Dashcam ini seolah-olah penyelamat dan bukti kita. Bahkan jika berlaku kemalangan pun, video dari dashcam amat diperlukan.

Jadi, nasihat kami, semoga semua pemandu di luar sana sentiasa berwaspada dengan scammer jalan raya seperti yang dikongsikan oleh pemilik video tersebut. Pelbagai macam perkara yang boleh berlaku jadi hati-hati ya semua.

Sumber: TikTok nicolasgoldhoffer

Baca juga: Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan Tunai Umrah Pertama Kali?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat