Mak Sajat Dah Mengaku Sajat Ni Lelaki!

Sumber Rujukan : Kisah Dunia

Jika menyebut nama Nursajat, mesti semua rakyat malaysia akan tahu. Siapa yang tidak kenal dengan pengasas kosmetik. Tetapi ramai yang tidak yakin dengan kenyataannya yang dia adalah seorang perempuan! Pelbagai tomahan yang telah dilemparkan kepada Nur Sajat ini, tetapi dia sangat kental untuk menyatakan dia adalah seorang perempuan.

Daripada sumber, Nur Sajat telah melakukan pembedahan tukar jantina (Transgender) di negara jiran. Dia juga telah mengambil 2 orang bayi sebagai anak angkat dan merupakan seorang model terkemuka dan pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik kategori Mak Nyah.

Baru baru ini ibunya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sajat telah menukar jantinanya daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan! Pengakuan ini diceritakan pada satu dokumentari khas yang menyentuh isu-isu pondan di Malaysia ini.

Ibu Sajat telah menyedari sejak dia kecil, Sajat sudah menunjukkan kecenderungan dalam makeup. Bukan itu sahaja, Sajat juga seering memakai  pakaian milk kakak atau adik perempuannya.

Ibunya juga menambah dia adalah orang pertama yang mengetahui tentang perubah mendadak Sajat apabila dia telah mengambil pil hormon sejak berusia 14 tahun dan telah pandai untuk mencari duit perbelanjaannya sendiri.

Sebagai ibu, adalah sangat berat untuk dia menerima hakikat bahawa seorang anak yang dikandungkan olehnya mengambil keputusan untuk menukar jantina kepada perempuan. Semua ahli keluarganya tidak menerima perubahan Sajat tetapi akhirnya terpaksa akur dengan keputusannya. Adik Sajat juga menyatakan, abangnya tidak minta untuk dilahirkan seperti ini.

“Sakit sebenarnya jadi macamni. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba tiba saya rasa saya yang lelaki,” ujar adiknya itu.

Ini pengakuan eksklusif daripada Ibu Sajat yang dia adalah lelaki. Semoga Nursajat diberi hidayah olehnya untuk pulang ke jalan yang lurus dan tidak diazab Allah jika dia meninggal kelak. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat