HENTIKAN PENGGUNAAN CORAK DREAM CATCHER – Daily Rakyat

HENTIKAN PENGGUNAAN CORAK DREAM CATCHER


Dreamcatcher atau dalam kata lain penangkap mimpi berasal dari suku kaum Ojibwa dari Native America. Mereka percaya bahawa dreamcatcher mampu menangkap mimpi buruk serta mencegahnya dari memasuki tidur seseorang.

Bagi kaum India Lakota pula, mereka mempercayai bahawa mimpi yang baik akan ditangkap memasuki jaring dreamcatcher manakala mimpi buruk akan berlalu begitu sahaja melalui lubang penangkap mimpi. Bukan itu sahaja, malah benda ini dianggap sebagai azimat untuk menarik tenaga positif.

Coraknya pula memang kelihatan cantik dan unik. Namun, tahukah anda bahawa hukumnya HARAM di sisi Islam.

Kenapa haram?

Tujuan dreamcatcher adalah untuk menangkap mimpi buruk. Oleh itu, ianya dikira sebagai memberi kuasa kepada objek ini untuk melindungi seseorang dari mimpi buruk. Sedangkan setiap kuasa yang ada di muka bumi adalah kepunyaan Allah sahaja. Maka dengan memberikan kuasa tersebut kepada sesuatu atau orang lain, ianya adalah haram dan membawa kepada syirik.

Bagaimana kalau ianya hanya sekadar hiasan di dalam kereta atau corak pada inai dan tudung?

Tetap hukumnya HARAM. Walaupun niatnya hanya sekadar suka-suka, namun niat tidak menghalalkan cara. Kerana ukiran DREAM CATCHER tersebut melambangkan kepercayaan agama lain yang boleh merosakkan akidah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad pernah mengatakan bahawa ukiran dream catcher boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain perlu dielakkan.

“Umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain, sebagai contoh, memakai rantai berbentuk salib,” katanya.

? Dari Ibnu ‘Umar, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian dari mereka.”

(HR Abu Daud no. 4031. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)

? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Bukan termasuk golongan kami sesiapa saja yang menyerupai selain kami.”

(HR. Tirmidzi no. 2695. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Bagi saya, memakai tudung atau inai bercorak dream catcher samalah seperti memakai tudung atau inai bercorak salib. Kedua-duanya boleh merosakkan akidah. ?

Saya berharap, anda semua tidak membeli tudung atau apa sahaja yang bercorak dream catcher, dan kepada penjual barangan sebegini, harap hentikan ia dengan segera.

Jangan risau dengan rezeki. Allah pasti akan tambahkan dan gandakan rezeki kalian, jika kalian ikhlas menghentikan penjualan tudung sebegini kerana Allah. InsyaAllah. ?

Ingat sekali lagi sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang disebutkan oleh salah seorang sahabat,

“Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, niscaya Allah akan memberi ganti padamu dengan yang lebih baik.”

(HR. Ahmad 5: 363. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih.)

Wallahu a’lam bish showab.

Saya berdoa kepada diri saya dan setiap yang membaca tulisan ini, supaya mendapatkan hidayah dari Allah. Saya hanyalah hamba yang dhoif yang boleh jadi salah dan hanya ingin merujuk pada kebenaran. Semoga Allah memaafkan dosa dan kesalahan kita semua.

Dan semoga post ini bermanfaat buat semua. Hanya Allah sahajalah yang mampu memberi taufik dan hidayah. ?

Ummu Saif,

Suka benda unik, namun jangan sampai gadaikan akidah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat