Teknologi 5G Pertama Di Malaysia Bermula April


Menteri Komunikasi Dan Multimedia pada 4 Mac 2019 mengumumkan Cyberjaya dan Putrajaya bakal menjadi bandar raya pintar pertama di Malaysia menerima kemudahan teknologi 5G bermula April tahun ini.

Berita ini diumumkan oleh beliau setelah merasmikan Persidangan dan Pameran Cyberjaya Infra di Cyberjaya pada hari yang sama. Teknologi 5G ini dijangka menggantikan teknologi 4G pada masa akan datang yang mula diperkanalkan pada tahun 2009. Ianya juga dijangka berkelajuan lebih 100 kali ganda daripada rangkaian 4G yang sedia ada.

Mengulas mengenai mengumuman ini, Gobind berharap pelaksanaan ujian berkenaan dapat memberi petunjuk baharu dalam industri telekomunisasi.

Ujian ini akan dijalankan oleh syarikat penyedia telekomunisasi serta pemain industri berkenaan terhadap teknologi masing-masing dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diharapkan

Berkenaan kebimbangan kebocoran maklumat dan pengintipan melalui infrastrutur teknologi 5G, Gobind menyatakan soal keselamatan merupakan keutamaan kerajaan dalam membuat semua keputusan termasuk aspek penggunaan dan pembangunan infrastruktur teknologi baharu.

Soal keselamatan mendapat perhatian tertinggi dalam pertimbangan pihak kerajaan. Ini merujuk kepada kajian yang sedang dijalankan MCMC berkenaan isu pembinaan infrastruktur teknologi 5G oleh syarikat telekom gergasi China, Huawei.

MCMC dengan kerjasama Agensi KEselamatan Siber Negara (NACSA) akan memastikan rangkaian teknologi 5G menjadi sebuah sistem yang selamat. Kajian terperinci akan dilakukan ebelum ianya betul-betul selamat untuk digunakan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk melihat penilaian negara luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat