Tidak Hanya Islam, Rupanya Banyak Lagi Agama Lain Yang Berpuasa Dengan Cara Tersendiri


Ibadah puasa merupakan amalan yang sangat sinonim dengan umat Islam seluruh dunia. Pada setiap bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Selain puasa bulan Ramadhan, umat Islam juga biasa melakukan puasa sunat pada hari lain seperti Isnin dan Khamis, hari putih (13,14 dan 15 haribulan setiap bulan mengikut kalendar Islam) serta puasa 6 hari dalam bulan Syawal.

Kalau anda nak tahu, sebenarnya banyak lagi agama lain di dunia yang mempunyai amalan puasa tersendiri.

6 Agama Lain Yang Berpuasa Selain Islam

1. Yahudi

Agama Lain Yang Berpuasa

Buat penganut agama Yahudi, waktu yang terbaik untuk berpuasa adalah pada Hari Penebusan Dosa atau The Day of Atonement. Juga dikenali sebagai Yom Kippur, ia merupakan sambutan keagamaan yang paling besar buat penganut Yahudi.

Disambut pada hari kesepuluh bulan Tishri, penganut Yahudi menyambutnya dengan berpuasa, bertafakur dan membaca kitab suci mereka.

Di samping itu, sesetengah penganut Yahudi juga dilihat turut amalkan ibadah puasa pada hari Isnin dan Khamis.

2. Hindu

Hindu juga merupakan satu lagi agama lain yang berpuasa. Bagi penganut Hindu, mereka lazimnya berpuasa pada hari tertentu seperti Purnima (hari bulan penuh), Ekadasi (hari kesebelas mengikut kalendar lunar) serta hari Shivaratri, Navaratri, Saraswati Puja dan Durga Puja. Sesetengah puasa yang diamalkan juga memerlukan penganut untuk elakkan makanan tertentu.

3. Buddha

Agama Lain Yang Berpuasa

Dalam agama Buddha, terdapat banyak cara berpuasa yang diamalkan. Ada yang berpuasa selepas makan tengah hari, ada yang berpuasa selama 3 hari atau 6 hari.

Terdapat juga sesetengah penganut Buddha yang berpuasa dalam tempoh yang lama iaitu selama setengah bulan pada setiap bulan pertama, kelima dan kesembilan.

Amalan Puasa Sokunshinbutsu oleh Penganut Buddha di Jepun

Terdapat satu lagi amalan puasa oleh mazhab Buddha di Jepun sehingga diharamkan oleh kerajaan Meiji pada tahun 1877.

Amalan yang dilaksanakan oleh mazhab Shingon ini dikenali sebagai ‘sokushinbutsu’ iaitu amalan berpuasa sampai mati.

Amalan sokushinbutsu ini mengambil masa kira-kira 3,000 hari serta melibatkan beberapa fasa, antaranya ialah fasa ‘mokujiki’.

Jika diterjemah secara terus, terma ‘mokujiki’ bermaksud makan kayu-kayuan,  resin dan apa sahaja yang berasaskan kayu yang dijumpai di kawasan pergunungan tempat mereka bertapa.

Kemudian, mereka akan memasuki fasa berhenti minum air. Ini akan membuatkan badan mereka dehidrasi dan organ dalam badan mengecut. Pada tahap ini mereka tidak makan apa-apa, hanya duduk bertapa dan bertafakur. Sehinggalah mereka mati apabila tidak makan dan minum untuk tempoh tertentu.

Penganut Buddha yang mati sebegini dikatakan terpelihara secara semulajadi sebagai mumia dengan kulit dan gigi yang tak reput dan tidak memerlukan sebarang bahan pengawet. Jika mereka dapat capai tahap ini selepas 1,000 hari mati, bermakna mereka sudah capai tahap sokunshinbutsu.

Agama Lain Yang Berpuasa

Mereka percaya mereka tidak mati, sebaliknya mereka ‘hidup’ dalam keadaan bertapa ‘deep meditative state’ yang dikenali sebagai ‘tukdam’.

Di Jepun, kira-kira 16 mumia sokunshinbutsi ditemui namun jumlahnya dipercayai lebih banyak akibat tersorok.

4. Mormon

Mormon juga merupakan antara agama lain yang berpuasa selain Islam. Penganut Mormon biasanya akan berpuasa pada setiap Ahad pertama dalam setiap bulan.

5. Katolik

agama lain yang berpuasa

Penganut agama Katolik amalkan puasa pada Ash Wednesday dan Good Friday. Bagi penganut Katolik Latin di Amerika Syarikat, penganut yang berusia 14 tahun ke atas perlu elakkan makan daging pada hari Ash Wednesday, Good Friday dan setiap Hari Jumaat yang jatuh dalam tempoh Lent.

6. Baha’i

Penganut agama Baha’i pula berpuasa selama 19 hari ketika bulan Ala setiap tahun sebelum menjelang tahun baru Baha’i.  Mengikut kalendar masihi, tempoh berpuasa bagi penganut Baha’I jatuh dari 2 hingga 21 Mac setiap tahun.

Bermacam-macam jenis puasa yang diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. Selain baik untuk kesihatan, kebanyakan dari penganut ini juga bersetuju bahawa amalan puasa merupakan cara yang baik untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Namun, artikel ini ditulis bukanlah untuk menyamakan agama Islam dengan agama lain, sebaliknya ingin mendedahkan perbezaan amalan puasa kita dengan penganut agama lain. Cara mereka juga jelas berbeza berbanding cara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat