2 Jenis Susu Untuk Bayi Sembelit Atas Saranan Doktor Pakar – Daily Rakyat

2 Jenis Susu Untuk Bayi Sembelit Atas Saranan Doktor Pakar


Sembelit adalah satu bentuk kesengsaraan fizikal dan mental untuk orang dewasa, apatah lagi kanak-kanak dan bayi. Selain kekerapan membuang air besar yang berkurangan, najis bayi yang sembelit adalah lebih keras, liat atau berbiji-biji. Bayi yang mengalami kesukaran membuang air besar selalunya akan kuat meragam dan menangis, menjadikan ibu bapa tidak senang duduk. Ibu bapa yang mempunyai anak sembelit biasanya akan bertidak pantas mencari alternatif susu untuk bayi sembelit.

Doktor pakar kanak-kanak, Dr. Hairin Anisa Tajudin berkongsi di Facebook beliau tentang kenapa ramai bayi mengalami sembelit serta mengesyorkan 2 jenis susu untuk bayi sembelit. Ikuti perkongsian beliau.


Assalam

I’m sharing cases yesterday. Semalam constipation day, pelik kan? Kalau ada seorang datang dengan satu problem, nanti berturut pulak patients yg ada simptom yg sama.

Memang semalam ada baby daripada umur 10 bulan hingga anak umur 4 tahun yg ada masalah najis keras, susah nak buang air besar malah sampai najisnya berdarah sebab luka anusnya (lubang dubur).

Sama aje historynya.

1) Bagi susu Formula Milk (FM) dan too dependant dgn FM tu.

Penjelasannya ;
Susu formula milk (FM) terutama yg high calorie menyebabkan anak selalu rasa kenyang. Digestion susu FM lambat, dan anak rasa mudah sebab tak perlu kunyah, hisap telan aje. Sebab itu anak jadi kurang selera makan. Susu FM pulak adalah tepung, ada campuran kanji seperti corn starch, maka najis akan keras macam kena glue (gam kan buat drpd kanji).

 

2) Kurang minum air masak (tak termasuk air2 lain ye). Mak kata bagi air masak tapi jumlahnya setiap hari tak cukup.

Penjelasannya :
Air masak sangat penting utk melembutkan najis yg terhasil dlm usus. Jika badan kurang air, maka lebih banyak air daripada usus yang akan diserap ke dalam darah, maka najis jadi kurang air & keras

 

3) Kurang pengambilan fiber or serat (ambil tapi tak cukup).

Penjelasannya :
Serat ni ibarat macam sponge (jika sponge kita yg tinggi fiber, akan senang nak serap air kan?)
Serat besar yg ada dlm makanan tidak diserap balik oleh tubuh & tertinggal dlm usus (maka najis yg ada tinggi serat) utk menyerap semula air dlm usus yg ada najis & memastikan najis sentiasa lembut.
Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi adalah makanan yg bagus untuk perjalanan usus.

Ada maka kata dah masukkan sayur tapi satu jenis aje sayur dlm bubur atau hidangannya…
Ada yang ingat kentang tu pun sayur sedangkan kentang tu sejenis makanan kanji yang boleh keraskan najis. Ia pengganti kpd nasi (karbohidrat).

Ada yang beli serat daripada pharmacy sedangkan serat boleh didapati daripada natural fruit, sayur & oat.

Ada yang ingat susu FM berlabel IT (improve transit) kononnya utk sembelit tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat & minum air masak…

Macam-macam cerita semalam kalau nak share.
Nanti saya cerita berapa amount air masak yg diperlukan oleh anak-anak ye.

Alternatif Susu Untuk Bayi Sembelit

Setelah putus susu ibu, after 2 years old boleh diganti dgn susu fresh milk or susu UHT (full cream). Mereka tidak boleh bergantung kpd susu semata2, maka 3x susu dah cukup, selebihnya berikan makanan seperti cheese, yogurt dan lain-lain serta makanan lain yg natural.

Jika anak yg tak menyusu ibu, selepas 1 tahun tak perlu bg susu FM lagi, berikan susu fresh milk or full cream UHT (kalau susah nak jumpa fresh milk). Nak bagi yang ada perasa sekali sekala pun boleh. Tapi sebab ianya manis maka campurlah separuh susu putih & separuh susu berperisa. Pelbagaikan nutritious drink seperti campurkan susu fresh dgn Horlicks or malt chocolate pun boleh tapi kurangkan gula ye.

Alhamdulillah ramai patients saya yang berjaya pulih daripada sembelit setelah tukar diet changes tanpa perlu pening-pening kepala nak tukar susu formula apa.

Banyak nak kongsi lagi. InsyaAllah jika ada masa. Wassalam.


Ibu bapa boleh mencuba cadangan susu untuk bayi sembelit oleh Dr Hairin Anisa ini. Ia lebih mudah didapati, kurang kandungan gula dan lebih segar berbanding memberikan susu formula bayi.

Sebarkan Artikel Ini
  • 14
  •  
  •  
  •  
  •  
    14
    Shares
  • 14
    Shares

Satu komen untuk “2 Jenis Susu Untuk Bayi Sembelit Atas Saranan Doktor Pakar”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat