Asal Penyakit Misteri Sahaja Mesti Di Sihir Ataupun Masalah Saka – Daily Rakyat

Asal Penyakit Misteri Sahaja Mesti Di Sihir Ataupun Masalah Saka

Sumber Rujukan : Md Rosdi Hasan

Hari ini saya pergi ke sebuah perkampungan Felda dalam jelajahan rawatan amal saya untuk merawat seorang pesakit yang dikatakan hampir lima tahun menderita kerana terkena penyakit misteri. Apa bila saya sampai di rumah pesakit tersebut saya melihat begitu ramai sekali orang berada didalam rumah pesakit itu sehingga di luar beranda ramai orang menunggu.

Hati saya tertanya-tanya kenapa ramai sangat orang, mulalah timbul perasaan malu untuk masuk ke dalam rumah pesakit yang pernah saya janjikan dahulu untuk merawat beliau. Oleh kerana saya datang dari jauh saya pergi juga berjumpa dengan tuan rumah untuk memaklumkan kepada beliau akan kehadiran saya seperti yang saya janjikan dahulu.

Saya pun di jemput masuk ke dalam rumah, bila saya masuk ke dalam rumah rupa-rupanya ada sekumpulan perawat sedang merawat anak beliau yang terkena penyakit misteri tersebut, patut orang ramai rupa-rupanya. Oleh kerana ada perawat lain yang merawat jadi saya hari itu hanya jadi penonton sahaja pada hari itu, Seronok juga bila sekali sekala melihat orang merawat pesakit misteri.

Tetapi ada beberapa perkara yang saya tidak setuju sedikit semasa sekumpulan perawat itu merawat pesakit tersebut, kerana mereka masih lagi tidak benar-benar faham keadaan pesakit.

Pesakit itu meraung kesakitan bila masa perawat itu memicit ibu jari kaki pesakit itu, sambil perawat itu berkata” keluar kamu dari jasad ini kalau kamu tak keluar akan aku sembelih tengkuk (tengkuk Jin).

Selepas di sembelih tengkuk Jin itu dan setelah selesai merawat pesakit tersebut, perawat itu berkata jangan benarkan mana-mana perawat lain cuba mengubati pesakit itu kerana dalam edah mereka, andai sekiranya langgar pantang larang maka Jin itu akan kembali menganggu tubuh pesakit kembali.

Setelah menerima upah pediah mereka merawat, mereka pun pulang dan di sertai orang yang lain.

Tuan rumah bertanya kepada saya macam mana keadaan anak beliau, saya cuma berkata kita kena tunggu sehingga habis edah rawatan perawat tadi sebab itu adalah syarat darinya.

Sebelum saya balik dari rumah pesakit saya sempat bertanya beberapa soalan kepada pesakit itu.

Antara soalan yang ditanya ialah:

  1. Adakah awak selalu berasa ketakutan terutamanya pada waktu malam.
  2. Adakah awak selalu berasa perasaan macam hendak mati.
  3. Adakah awak selalu berasa seolah-olah sakit jantung dan sesak nafas sehinggakan macam hendak pitam.
  4. Adakah awak selalu berasa cemas mempengaruhi diri awak.
  5. Adakah awak sentiasa berasa risau dan hilang fokus dalam setiap pekerjaan.
  6. Jantung sentiasa berdenyut laju dan lemah semangat.

Bila saya bertanya soalan ini pesakit itu menjawab “ya ustaz semua perkara itu berlaku pada saya, dan itulah yang sedang saya alami sehinggakan saya tak boleh bekerja.

Saya cuma menjawab awak tak kena sihir dan awak tiada saka.
Pesakit itu menjawab” dimana saya pergi berubat semuanya mengatakan saya kena sihir .

Inilah masalahnya yang selalu kita hadapi asal sakit yang pelik sedikit sahaja mesti akan di kaitkan dengan sihir ataupun saka, boleh dikatakan begitu ramai sekali perawat menuduh pesakit itu disihir dan mempunyai saka, sehinggakan pesakit itu bergaduh dengan jiran tetangga dan ada yang marah dengan keturunannya kerana dikatakan membela saka.

Sesungguhnya memfitnah itu adalah dosa yang besar dan golongan ini tidak akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad sallallahu Alaihi wassalam.

Untuk pengetahuan semua sekiranya andai kata anda bermasalah seperti mana yang saya bertanya kepada pesakit tersebut, bererti anda sedang mengalami masalah ANXIETY DISORDER dan PANIC DISORDER serta PANIC ATTACK.

Apa yang terjadi kepada pesakit yang saya temui itu sebenarnya ia telah mengalami simptom General Anxiety Disorder, bukanya disihir ataupun saka.

Kalaulah masih lagi kita beranggapan sihir dan saka sepuluh tahun lagi pun kita berubat penyakit itu tidak akan sembuh malah lebih teruk lagi ada kerana pengidap penyakit itu menakutkan diri sendiri.

In Sha Allah satu masa nanti saya akan mengajar bagaimana mana hendak menghadapi masalah penyakit ini sekiranya terjadi kepada diri kita.

3 komen untuk “Asal Penyakit Misteri Sahaja Mesti Di Sihir Ataupun Masalah Saka”

  1. Kamila berkata:

    Selepas berubat ade pantang larang sya kena ikut . Akibat lupar sya langar pantang .Ape akan jadi ya akibat melangar pantang tersebut ??

    1. mm Editor Daily Rakyat berkata:

      Mohon puan merujuk kembali dengan pengamal perubatan yang puan berurusan.

    2. mm Editor Daily Rakyat berkata:

      Puan kena segera rujuk kepada perubatan islam seperti Darul Syifa, yang di asaskan oleh Allahyarham TG Harun Din. Boleh klik di sini : https://www.darussyifa.org/

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat