Aplikasi Ini Mampu Mengurangkan Anak Anda Bermain Telefon Bimbit – Daily Rakyat

Aplikasi Ini Mampu Mengurangkan Anak Anda Bermain Telefon Bimbit

Sumber Rujukan : Azmuhaini Aini

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua. Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yelahkan zaman sekarang semua di hujung jari, cari saja tekan, share, apa semua keluar.

Mungkin ada yang dah tahu tentang aplikasi ini tapi yang belum tahu harap membantu. App ni saya install lama jugalah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan telefon anak-anak. Sebenar anak ada telefon sendiri dan telefon anak memang saya pasangkan line unlimited internet dan call. Supaya dia senang nak call keluarga, teman dan kegunaan kerje sekolah.

Tapi semua ada limit,jadi saya install app Family link dekat app ini saya boleh monitor apa yang anak sedang buat. Sebagai contoh, dia tengah online, dia tengah tengok youtube, tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu dan berapa lama dia tengok dan terakhir dia online semua saya tahu dan paling penting saya tahu location telefonnya berada dimana.

Tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebabnya ada notifiication. Aplikasi ni juga saya kawal penggunaannya jadi saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.

Cara Install Aplikasi

  1. Application ini perlu di install di telefon parent yang nak monitor tu dan juga telefon anak anda nanti aplikasi ini akan minta email bagai jadi ikut sahaja arahan yang diberikan. Untuk telefon parent kena install google family link for parent dan kalau untuk telefon anak kena install google family link for children & teens
  2. Anak nak uninstall biarlah sebab tidak boleh pun kalau telefon si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik melainkan parent tu tekan “STOP SUPERVISION”.
  3. Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx, game pun boleh kawal.
  4. Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di telefon si ibu/bapa sahaja.

1. Inilah aplikasi untuk di install dekat telefon parent.

2. Inilah Aplikasi untuk di install dekat telefon anak.

3. Ini waktu yang saya tetapkan sendiri. so time ni memang telefon dia tak kan boleh guna. sehari dia boleh pakai 4 jam sahaja.

4. Kalau nak guna juga kena pakai no code ni. dan no ni akan berubah setiap masa. so kakak jangan berangan kamu leh hafal.

5. ni kakak punya muka depan lah.

6. Ini tempat untuk parent setting.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terkini @ Daily Rakyat