Ingin Mencari Pendapatan Lebih? Ketahui 25 kerja yang boleh anda lakukan

Sumber Rujukan : Facebook/Shaarianuar

Seperti yang kita ketahui, Kos sara hidup dari sehari ke sehari semakin meningkat naik. Lagi-lagi kepada sesiapa yang menetap di bandar. Pelbagai barangan dan keperluan yang perlu dipenuhi dan harus dilengkapi. Dari kos pembayaran rumah samaada sewa atau beli, kenderaan, makanan dan lain-lain perkara yang perlu difikirkan. Semuanya untuk menampung kehidupan seharian anda. Mungkin daripada anda ingin tahu bagaimana untuk menambah pendapatan lebih dan apa yang patut dilakukan.

Oleh itu disini saya senaraikan beberapa perkara yang mungkin boleh menjadi pekerjaan kepada anda untuk mencari penapatan lebih.

Hari- hari ada diantara kita yang selalu berfikir bagaimana untuk menjana pendapatan lebih? makin hari kos kehidupan semakin meningkat. Ketahui perkara yang dapat membantu anda menjana pendapatan lebih:

1. Buat part time sales career macam saham amanah. Namun perlu berhati2 dengan pilihan anda.

2. Jadi Jurulatih. Bagi anda yang mempunyai keparan dalam tenga pengajar, bolehlah sertai mana2 kelab yang memerlukan jurulatih

3. Mengajar, untuk kelas malam dan weekend. Boleh bertanya pada mana2 kelas yang memerlukan khidmat anda samaada di universiti atau kelas personal.

4. Jadi Tour Guide, secara freelance. Banyak kursus jangka pendek untuk tour guide. Mula mula buat untuk pasaran tempatan dahulu. Apabila pandai dan mempunyai modal bolehlah mengembara secara percuma di serata dunia.

5. Jual barangan elektronik yang sudah tidak terpakai.

6. Check balik cukai yang telah dibayar. Mana mana yang boleh dikurangkan lagi, yang boleh dapat rebet dengan simpan PRS ke, atau rasa terlebih bayar ke, jumpa dengan mereka yang pakar bahagian percukaian.

7. Menjadi seorang Tutor – bagi yang mahir matapelajaran matematik, bahasa arab, english dan mahir bermain alat musik seperti  piano, guitar bolehlah mendaftarkan diri menjadi seorang tutor.

8. Zaman sekarang ini, bagi yang cantik dan handsome bolehlah menjadi seorang model peragaan seperti jubah, tudung, baju kerana permintaan semakin tinggi sekarang.

9. Anda boleh mendapatkan pendapatan lebih dengan menjual pakaian yang terpakai dirumah anda.

10. Join promosi team, biasanya boleh lihat iklan di newspaper, ada yang suruh promosi dengan memberi sample makanan di tempat terbuka, ada ketika special event, dan selalu mereka memerlukan pekerja promosi sebegini.

11. Bagi anda yang suka akan budak2 bolehlah mulakan part time menjadi baby sitter.

12. Perabut2 rumah yang tidak terpakai itu bolehlah dijual sebagai barang secondhand.

13. Anda boleh mengumpulkan barangan yang sentiasa menjadi kegemaran kepada pengumpul seperti  fridge magnet, duit lama, duit syiling pelbagai negara dan macam macam souviniers yang boleh dikumpulkan dan dijual.

14. Redeem Reward point dan boleh jual barangan tersebut kepada rakan-rakan anda yang berminat.

15. Buku2 yang tidak terpakai bolehlah dikumpul dan dijual. 

16. Anda juga boleh menjadi penulis majalah online mahupun offline.Anda juga boleh mengambil part timr dengan menjadi photographer untuk majlis kahwin atau event2 penting pada hujung minggu.

17. Anda juga boleh menggunakan kreativiti anda untuk membuat duit. Anda boleh membuat kek, cupcake atau apa saja pastry untuk dijual. 

18. Untuk menjimatkan anda, anda boleh juga berkongsi bilik atau rumah secara menyewa beramai-ramai

19. Sertai MLM

20.Jika anda mahir dengan teknologi sekarang, anda boleh membuat duit dengan menyertai bloggers atau apa2 yang melibatkan dunia teknologi. 

21. Zaman sekarang terlalu banyak app yang boleh digunakan untuk anda memulakan kerjaya sebagai seorang driver separuh masa. Apps seperti Grab, uber boleh dijadikan sokongan untuk anda mencari penadapatan lebih.

22. Bagi anda yang berminat dalam penulisan, Bolehlah menggunakan minat anda sebagai satu faktor permulaan pekerjaan. Anda boleh menulis novel dan boleh menghantar karya anda ke mana2 syarikat penerbitan. Jika ada rezeki mungkin novel anda dijadikan cerita.

23. Anda yang mempunyai bakat dalam bahasa, bolehlah mencuba menjadi penterjemahan dalam apa2 jenis buku yang memerlukan khidmad anda.

24. Anda boleh mencuba membuat perkhidmatan seperti  cleaner atau pemotong rumput. Kebanyakan orang memerlukan perkhidmatan seperti ini kerana mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara2 seperti ini.

25. Berniaga time special event. Tidak perlu menggunakan modal yang tinggi. Anda hanya perlu menjual air mineral ditempat jom heboh, special event sambutan hari kemerdekaan, atau sambutan tahun baru. Di sana terdapat ramai orang yang inginkan perkhidmatan seperti ini.

 

Inilah serba sedikit perkongsian yang telah dinyatakan. Bagi anda yang ingin mendapatkan atau menambah pendapatan lebih boleh la mula berjinak dalam bidang yang digemari oleh anda. Sebagai manusia kita layak untuk membuat pilihan untuk mengatur kehidupan kita sendiri.

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat