Anak Muda Perlu Tahu 5K Ini!


5K

Anda masih muda? Ok anda kena baca.

Tak berapa muda? Kalau ada adik yang masih muda, suruh dia baca.

Saya senaraikan 5K yang sinonim dengan anak muda, bermula daripada tamat belajar untuk masuk ke alam kerja.

Jom baca.

1. Kerja

Habis belajar berkobar-kobar nak kerja sebab hutang belajar contohnya PTPTN kena bayar. Inginkan kerja yang sesuai dengan kelayakan ijazah atau diploma dalam genggaman tapi realitinya hari ini sukar nak penuhi impian itu.

Kerja dulu apa-apa yang boleh dibuat walau tak setara dengan tahap pendidikan. Yang penting, dapatkan pengalaman dan kumpul kewangan perlahan-lahan. Dengan pengalaman itu bolehlah letak dalam resume. Yela, syarikat sekarang nak suka minta pengalaman bekerja 10 tahun walau baru lepas graduan 10 hari. Kalau boleh nak pengalaman kerja sejak di sekolah rendah

2. Kereta

Lepas kerja, banyak anak muda sasarkan untuk beli kereta sebagai agenda utama. Baru 3 bulan kerja dan ada slip gaji terus cari kereta untuk dibeli, kan? Ngaku je dalam hati, takpe.

Tak salah beli kereta tapi ramai beli kereta yang salah. Hati-hati! Jangan sampai terbeli kereta mahal yang menyebabkan anda terpaksa bayar sehingga 9 tahun.

5 tahun pun dah cukup perit tau!

3. Kediaman

Kediaman biasanya mula dengan hidup nenyewa sebab tak ramai anak muda jadikan agenda beli rumah sebagai agenda utama. Alasannya hidup berpindah randah dan tak tahu nak staydown di mana apabila bersara.

Ingat, rumah yang anda beli itu boleh disewakan (kecuali rumah jenis tertentu). Jadi ada baiknya anda cari rumah pertama yang kecil dan sederhana namun mudah disewakan tahun 2018 ini sementara ekonomi baru nak mendaki semula. Nanti kalau dah puncak, harga mungkin mencanak.

Hati-hati. Jangan tak beli rumah dan jangan terbeli rumah yang salah. Silap langkah deposit ribu-ribu boleh hangus.

4. Kewangan

Bila dah kerja ada duit sendiri biasanya kewangan tak terjaga sebab jarang2 diajar di bangku sekolah. Dulu duit belanja singgit dua, tapi tiba2 bila kerja dapat ratus atau ribu. Gelap mata!

Hati-hati. Belajar menyimpan, bukan asyik membelanjakan. Nak belanja kawan2 pun kena berpada2, apatah lagi kalau nak bagi orang berhutang dengan anda.

5. Kahwin

Kebanyakan akan fikir untuk kahwin walaupun tak semua. Nak kahwin kena fikirkan kos belanja hantaran, majlis dan sebagainya.

Hati-hati. Jangan sampai jadi raja sehari tetapi hamba bank berhari-hari. Minimakan perbelanjaan kahwin, dan fokus pada pembelian kediaman sebagai hantaran untuk membina keluarga bahagia, forever ever after.

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
13 Januari 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat