4 Petua Kurangkan Rabun: Bagaimana Gadis Ini Berjaya Mengurangkan Rabun Mata Dengan Caranya Tersendiri


Anda sedang mencari solusi untuk kurangkan rabun ?

Rabun sebenarnya adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Rabun terbahagi kepada 2 jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat.

Mata boleh jadi rabun akibat selalu menonton televisyen, menghadap komputer terlalu lama atau kurang pengambilan vitamin.

Rabun jauh merupakan simptom yang berpunca daripada cahaya fokus atau erti kata lain gambaran objek yang kita lihat, diterima oleh mata tetapi tidak sampai ke retina. Manakala rabun dekat pula, cahaya fokus melebihi retina mata. Ini merupakan simptom asas bagi sesiapa sahaja yang mengalami masalah rabun.

seseorang boleh kurangkan rabun dengan penggunaan cermin mata, contact lens atau pembedahan. namun terdapat juga cara semulajadi yang anda boleh cuba di rumah.

Kredit Foto : sinarharian.com

Bila seseorang tu dah rabun kenalah pakai cermin mata baru penglihatan jelas dan senang buat kerja.Tapi ada juga yang tak suka pakai cermin mata. Cakap tak selesalah, tak macholah, mata empatlah dan macam-macam lagi alasan.

anda boleh kurangkan rabun dengan cara semulajadi

Kredit Foto : keluarga.my

Ada juga yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk kurangkan rabun melalui pembedahan mata. Ada juga yang pakai contact lens, tapi jika dibeli daripada pengeluar yang tak diiktiraf, ia boleh membahayakan kesihatan mata. Silap-silap, ia boleh merosakkan mata sehingga buta!

Walaupun kaedah pembedahan mata boleh mengatasi masalah rabun, namun ia bukanlah solusi yang mampu dilakukan oleh semua. Sebelum kita mencuba perubatan mahal yang berteknologi tinggi, apa kata kalau kita ikhtiar dengan kaedah yang lebih menjimatkan dan mudah untuk dipraktikkan?

Ia tidaklah memakan kos yang tinggi dan boleh dijadikan amalan yang baik untuk melindungi kesihatan mata.

4 Petua Kurangkan Rabun Paling Berkesan

1. Rehatkan Mata 10 Minit

Apabila anda gunakan komputer, rehat setiap 10 minit. Alihkan pandangan anda pada objek yang jaraknya lebih kurang 3 meter. Lihat apa sahaja yang ada di sekeliling, seperti pokok, perabot dan sebagainya.

Tumpukan perhatian pada objek tersebut dalam masa 3 minit kemudian teruskan kerja di komputer anda.

Anda juga boleh praktikkan kaedah ini untuk rehatkan mata ketika membaca buku.

2. Kurangkan Ketagihan Games

Permainan video seperi Playstation, Xbox dan sebagainya memang best. Kadang-kadang boleh berlarutan sampai berjam-jam. Namun, hobi ini boleh menjejaskan kesihatan mata jika dibiarkan tanpa kawalan.

Cuba kurangkan had bermain kepada 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam. Sama juga tabiat melihat handphone terlalu lama, ia juga dapat menyebabkan ketagihan dan boleh merosakkan mata  !

kurangkan rabun dengan hadkan masa bermain video games

Kredit Foto : bmmagazine.co.uk

3. Lihat Benda Secara Fokus

Cuba melihat pada benda-benda fokus sama ada jauh mahupun dekat. Contohnya, jangan tengok semua benda sambil mata melilau kiri dan kekanan. Ini akan menyebabkan mata kita cepat letih dan melambatkan proses menyembuhkan mata.

Tetapi jangan pula dipaksa sehingga menyebabkan ketegangan mata yang tinggi. Latih diri perlahan-lahan sehingga anda terbiasa.

4. Senaman Mata Menggunakan Setem

Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter.

Lihat setem itu sehingga fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh diluar tingkap dan kemudian tengok setem kembali. Ulang langkah ini sebanyak 41 kali.

Apabila kita berasa otot mata sudah mula kuat kita boleh tambah bilangan. Ini adalah latihan hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

Tips-Tips Untuk Kurangkan Rabun

Selain daripada langkah-langkah diatas, anda juga boleh cuba beberapa tips mudah untuk membantu mengurangkan rabun. Tips tersebut adalah:

  1. Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
  2. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  3. Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.
  4. Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit, rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  5. Makan supplemen vitamin A untuk membantu kesihatan mata.
mata perlulah dijaga dengan baik untuk kurangkan rabun

Kredit Foto : mysihat.com

Mata perlulah dipelihara dengan baik kerana ia merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Bonus Inisiatif Rahsia Ekslusif Untuk Anda

Antara inisiatif lain yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan masalah rabun ialah dengan menggunakan Therapy Eyewear yang merupakan salah satu produk daripada Ibnusina Store.



Banyak kebaikan yang anda akan dapat daripada produk Therapy Eyewear ini bagi mengurangkan masalah rabun anda semua. Antara kebaikannya ialah:

  1. Produk ini 100% selamat dan semulajadi.
  2. Tidak memerlukan ujian mata untuk memakai Therapy Eyewear ini.
  3. Dapat membaiki fokus mata anda.
  4. Dapat mencegah rabun jauh, rabun dekat, myopia dan astigmatism.
  5. Boleh digunakan sebagai cermin mata penapis UV dari komputer.

Bagaimana  ‘Pinhole’ Pada Cermin Mata Therapy Eyewear Ini Berfungsi?

Seperti yang anda sedia maklum, rabun ini terdiri daripada 2 jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat.

Kedua-dua masalah rabun ini berlaku akibat cahaya fokus yang tidak sampai pada retina sebaiknya.

Pinhole pada Therapy Eyewear ini mengawal cahaya yang masuk kedalam mata supaya cahaya fokus tersebut benar-benar sampai pada retina mata kita supaya dapat membantu kita melihat dengan lebih jelas.

Cermin mata ini akan memantulkan kembali sehingga 35% cahaya yang akan memasuki mata supaya cahaya fokus tidak melepasi retina mata. Selain itu, pinhole ini juga hanya akan membenarkan cahaya yang lurus sahaja menuju ke mata supaya cahaya fokus yang dapat sampai ke retina.

Testimoni & Feedback Pengguna Therapy Eyewear

Penggunaan cermin mata ini membenarkan mata kita mencari titik fokus melalui lubang-lubang kecil pinhole pada cermin mata. Dalam erti kata lain, mata kita yang telah out-focus dapat kembali kepada tempat asal pada kornea.

Sebelum anda semua habis beribu-ribu ringgit untuk lakukan rawatan yang hasilnya belum tentu menjadi lagi, jom kita ikhtiar kurangkan rabun dengan menggunakan Therapy Eyewear dari Ibnusina Store ini. InsyaAllah dengan izin-Nya ia dapat membantu membaiki penglihatan anda.


Beli sekarang di Ibnusina Eyewear Online Store. Promosi penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia!

5 komen untuk “4 Petua Kurangkan Rabun: Bagaimana Gadis Ini Berjaya Mengurangkan Rabun Mata Dengan Caranya Tersendiri”

  1. Putri says:

    Assalamualaikum, saya nk tanya masa buat latihan mata (yg pandang setem tu) kena buat sambil pakai cermin mata atau tak? Kalau tak pakai cermin mata memang tak nampak langsung lah setem tu dgn saya sebb power mata ni mmg dah tinggi huhu

    1. Mat Ali says:

      Saya rasa tak kena pakai spek kan, sebab nak latih otot dekat mata kita tu untuk fokus…

  2. Raihan says:

    Saya memang rabun tapi power tak kuat.. Tapi yg masalah rabun jauh
    ..saya tak nampak apa.. Apa..
    Sebab apa entahlah

  3. kasmini mohd zin says:

    Assalamualaikum..Saya dah lama pkai spek..dengan power yg sgt tinggi..600++ kiri dan kanan..yg jadi masalah skang ni..lg rasa makin rabun..tgk benda2 semua nmpak berdouble dahh..no plet kete ker..huruf2 iklan ker..even mengadap PC pun da nmpak kabur dan rasa tak selesa..apalagi tengok kengkawan dari jauh pun da x berapa nmpak..kena kecikkan mata pulak..perlu ke saya tukar spek lg..x sampai 3 tahun pun..tp mungkin ini berpunca terlalu byk mengadap PC..hp..lama tengok TV kot..adakah dengan amalkan senaman mata ni bole pulihkan balik pandangan mata dan fokus yang lebih jelas? Atau kena amik apa-apa supplement untuk stabilkan balik penglihatan saya. Mohon pencerahan..Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat