10 Gambar Tercantik National Geographic Untuk Tahun 2018!

Sumber Rujukan : Huffington Post

National Geographic dikenali dengan skil menangkap foto yang luar biasa daripada seluruh dunia. Dan ternyata, pembaca setia National Geographic juga mempunyai skil menangkap gambar yang cantik dan menakjubkan.

Daripada keputusan NatGeo Travel Photographer of the Year Contest, yang telah disertai oleh kira-kira 15,000 penyertaan daripada pelancong di 30 buah negara  Pemenang hadiah utama ialah Sergio Tapiro Velasco, dengan gambar gunung berapi Colima di Mexico telah memenangi perjalanan selama 10 hari untuk dua orang ke Galápagos Archipelago bersama Ekspedisi National Geographic! Wah! Memang menakjubkan!

Yang tidak memenangi peraduan itu juga telah mengambil gambar yang cukup cantik! Jom lihat 10 gambar tercantik yang telah dipilih oleh National Geographic.

  • Colima Volcano, Mexico

“Letusan kuat telah berlaku pada gunung berapi Colima, Mexico pada 13 Disember, 2015. Malam itu, cuaca kering dan sejuk, dan langgaran antara abu daripada gunung berapi itu telah menghasilkan kilat sebesar kira-kira 600 meter yang menyambung antara asap dan gunung berapi, dan kawasan itu  diterangi kerana cahaya itu walaupun persekitarannya gelap. Pada akhir  tahun 2015, gunung berapi ini telah menunjukkan banyak aktiviti letusan dengan letupan abu yang tinggi, 2 hingga 3 kilometer daripada paras atas kawah. Kebanyakan ledakan malam gunung berapi itu telah menghasilkan batu-batu dan petir. ” ― Sergio Tapiro Velasco

  • Torres del Paine National Park, Patagonia

“Ayah dan saya pergi ke Taman Negara Torres del Paine di Patagonia awal tahun ini, dan kami mahu melihat sesuatu bukan daripada jalan yang selalu digunakan. Selepas memandu selama 10 jam dan melintasi jejak tanah yang panjang, kami akhirnya menemui gua marmar. Kami menyewa bot untuk membawa kami lebih dekat dengan gua tersebut, dan saya menunggu cahaya yang sempurna untuk menangkap patern yang terbentuk di gua tersebut. Usaha tambahan yang diperlukan untuk pergi ke gua itu sangat berbaloi. ” ― Clane Gessel

 

  • Lofoten Islands, Norway

“Padang bola sepak di Henningsvær di Kepulauan Lofoten dianggap sebagai salah satu padang yang paling menakjubkan di Eropah, dan mungkin juga di seluruh dunia. Foto itu diambil semasa pelayaran selama 10 hari melancong di Norway pada bulan Jun 2017. Kami tiba di Henningsvær selepas satu minggu berlayar meredah cuaca sejuk dan hujan. Setelah tiba, cuaca semakin jelas. Saya benar-benar bernasib baik kerana keadaan itu sesuai untuk saya menerbangkan drone saya, dan saya dapat menangkap foto ini dari ketinggian 120 meter. ” ― Misha De-Stroyev

  • Tavarua, Fiji

“Baru-baru ini saya mengembara ke Tavarua, Fiji untuk melakukan fotografi surfing dengan surfer profesional Donavon Frankenreiter di Cloudbreak. Saya sentiasa mencari sudut dan perspektif baru dalam penggambaran. Pukulan gambar yang biasa telah dilakukan, jadi kami mengubahnya supaya menjadi lebih kreatif. Membuat anda mahu melihat gambar ini dua kali. “― Rodney Bursiel

  • Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia

“Gunung berapi Bromo adalah gunung berapi vulkanik bersaiz kecil tetapi aktif di Jawa, Indonesia. Pada awal 2016, kebetulan saya berada di Gunung Bromo semasa peningkatan aktiviti seismik yang mencetuskan status amaran bahaya yang kedua tertinggi. ” ― Reynold Riksa Dewantara

  • New Delhi, India

“Foto seorang bapa dan anak lelakinya yang sedang duduk dengan mengenakan pakaian tradisional putih mereka, di bawah langit biru yang indah pada hari Aidilfitri di sebuah masjid di New Delhi, India. Foto ini menunjukkan hubungan antara ayah dan anaknya yang dibina dengan cara yang sangat mudah. ” ― Jobit George

  • Kabukurinuma, Osaki, Jepun

 

 

“Angsa yang berenang di atas air di Kabukurinuma, Osaki, Jepun, kawasan tanah lembap yang dilindungi. Oleh kerana banyak kawasan tanah basah Jepun yang telah hilang, kawasan ini telah menjadi tempat penghijrahan  burung yang istimewa dan mungkin menjadi syurga terakhir bagi mereka. Saya amat kagum dengan angsa-angsa ini, dan saya berhati-hati untuk tidak mengganggu mereka semasa mengambil gambar. Saya mengambil kira arah angin dan kelajuan shutter untuk menangkap keanggunan sayap mereka.” ― Hiromi Kano

  • Stesen Kereta Api Tongi, Gazipur, Bangladesh

Foto ini diambil pada 23 Julai 2016 di Stesen Kereta Api Tongi, Gazipur, Bangladesh. Saya berada di sana untuk mengambil gambar sambil menunggu masa yang sesuai. Kereta api daripada Dhaka yang hendak bergerak ke arah daerah lain telah sampai dan berhenti di platform selama 5 minit untuk mengangkat penumpang. Kawasan itu sedang hujan. Tiba-tiba saya menemui sepasang mata yang memandang saya melalui tingkap, dan di sebelah kiri terdapat sebuah payung yang diletakkan untuk melindung daripada hujan. Akhirnya, saya telah dapat masa yang sesuai itu. ” ― Moin Ahmed

  • Konya, Turki

F Dilek Uyar | 2017 National Geographic Travel Photographer of the Year Contest

Willing Dervish, di tempat bersejarah di Sille Konya, Turki. Tarian ini dipanggil ‘sema’ dan merupakan simbol budaya Mevlevi. Menurut ajaran Mevlana, manusia dilahirkan dua kali: pertama daripada ibu mereka dan kali kedua adalah daripada badan mereka sendiri. ” ― F. Dilek Uyar

  • Kuil Besakih, Bali

Michael Dean Morgan | 2017 National Geographic Travel Photographer of the Year Contest

“Kuil Besakih telah dikenal sebagai ‘kuil ibu’ Bali selama lebih dari 1,000 tahun dan berada di ketinggian 1000 meter di lereng gunung barat daya Gunung Agung. Di sini, orang Bali sering datang untuk berdoa dan mengambil keberkatan dari tok sami, atau ‘pemangku,’ yang tinggal di sana.”― Michael Dean Morgan 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat