MALAYSIA HANTAR TENTERA SERANG YAMAN? : Malaysia Bakal Sertai Misi “Operation Decisive Storm”


Dalam berita yang bertarikh 31 Mac 2015, portal berita pro-kerajaan Arab Saudi, Ar-Riyadh telah melaporkan bahawa Putera Muhammad bin Salman selaku Menteri Pertahanan Negara itu telah menerima kunjungan daripada Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan kemungkinan penyertaan Malaysia dalam misi “Operation Decisive Storm” yang diketuai oleh Arab Saudi sebagai tindak balas kepada permintaan Abed Rabbo Mansour Hadi, Presiden Republik Yaman untuk menghentikan keganasan puak pelampau syiah Zaidiah, al-Houthi di negaranya.

381411743582

Pertemuan di antara Putera Muhammad & Jeneral Tan Sri Raja

Walaubagaimanapun, portal berita tersebut tidak menyiarkan sebarang keputusan sama ada Malaysia akan menghantar tentera atau tidak.

Amerika Syarikat secara dasarnya telah menyuarakan sokongan untuk kempen ketenteraan terhadap al-Houthi. Duta Arab Saudi ke Washington, Adel al-Jubeir mengumumkan kerajaan Saudi telah melancarkan operasi ketenteraan yang melibatkan serangan udara di Yaman terhadap pejuang al-Houthi yang telah mengetatkan cengkaman mereka di bandar selatan Aden di mana Presiden Yaman, Hadi mendapatkan perlindungan.

Jubeir memberitahu pemberita bahawa gabungan 10 negara telah menyertai dalam kempen ketenteraan dalam usaha “untuk melindungi dan mempertahankan kerajaan yang sah” daripada Hadi.

“Kami akan melakukan apa sahaja untuk melindungi kerajaan yang sah Yaman daripada jatuh,” kata Jubeir.

Sumber: Ar-Riyadh, Al-Arabiya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat